Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.ca] | ارچا

Definisi : 1. patung yg menyerupai seseorang atau sesuatu (terutama dibuat drpd kayu, batu, dsb): memahat ~ seorang tokoh terkenal di dunia; 2. bayang yg terlihat di dlm cermin atau melalui kanta kamera, imej: melihat ~ diri sendiri di dlm cermin; 3. bayang-bayang yg terlihat ketika seseorang itu berkhayal: dia lantas bangun menghampiri almari pakai­an­nya, tempat ~ lelaki tadi terdiri gagah; 4. bentuk cahaya yg ditumpukan pd retina mata, imej: mata manusia ‘menyim­pan’ ~ sesuatu benda yg baru sahaja dipan­dang dlm tempoh yg pendek; 5. gambaran dlm fikiran atau pertalian fikiran yg dihasil­kan di dlm karya sastera (terutama dlm puisi), imej; 6. (Komp) gambar atau lambang kecil pd paparan komputer yg digunakan sbg wakil sesuatu objek; mengarcakan menghasilkan arca (patung): tukang pahat itu sedang ~ wajah seorang seniwati;kearcaan bersifat (mempunyai ciri-ciri) arca: bentuk puncak ini agak ~ sedikit; pengarcaan proses menghasilkan arca;pengarca pembuat (pereka, pengukir) arca: Zafaruddin Zainuddin merupakan barisan ~ Anak Alam yg paling giat berkarya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ar.ca] | ارچا

Definisi : 1 patung yg dibuat drpd batu yg dipahat dan menyerupai bentuk sesuatu. 2 ist bayang spt yg dilihat pd cermin atau spt yg dilihat melalui kanta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arca


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Arca dan CerminSudi SulaimaMingguan Famili21.12.1987
ArcaMohd Kassim MahmudUtusan Zaman29.10.1995
Arca yang MegahIsmail Khalil SallehUtusan Zaman15.08.1993
Arca Di Bukit RahmahZaharah NawawiBerita Minggu02.03.1997
'Arca Impian' sebuah novel menarikLim Swee TinBerita Harian18.07.1994
ArcaMurni Md. ArshadUtusan Melayu11.07.1991
Arca yang SebuahMuhammad Mansur AbdullahPelita Rakyat01.10.1975
Arca Seorang Seniman (II)Al-HisyamMingguan Wanita01.10.1992
Arca Kasih bukan kisah murahanAkhbar:  Berita Harian10.06.2004
Arca rakam kerenah manusia korporatAkhbar:  Berita Harian30.07.2003
1234

Kembali ke atas