Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n pokok pinang; ~ nut, (buah) pinang. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata areca


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Areca catechuPinangPertanianTiadaTumbuhan daripada famili Arecaceae yang pokoknya tinggi dan tidak bercabang. Daunnya jenis majmuk pinat yang berpelepah panjang. Bunganya kecil dalam susunan mayang dan menghasilkan buah bertandan yang berwarna hijau, bertukar kepada jingga kemerahan apabila masak. Asalnya ditanam untuk kegunaan bijinya, kini diperkenalkan sebagai hiasan landskap. Biji buah pinang mengandungi alkaloid arekolina. Daun digunakan secara luaran untuk rawatan demam dan pening kepala. Biji daripada buah matang dimakan bersama sirih, digunakan untuk mengubati luka dan bisul. Serbuk bijinya boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Air rebusan putik buah digunakan untuk menyuburkan peranakan.
Areca catechupinangHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan daripada famili Arecaceae yang pokoknya tinggi dan tidak bercabang. Daunnya jenis majmuk pinat yang berpelepah panjang. Bunganya kecil dalam susunan mayang dan menghasilkan buah bertandan yang berwarna hijau, bertukar kepada jingga kemerah-merahan apabila masak. Pada asalnya, pinang ditanam untuk kegunaan bijinya tetapi kini diperkenalkan sebagai hiasan landskap. Biji buah pinang mengandungi alkaloid arekolina. Daunnya digunakan secara luaran untuk merawat demam dan pening kepala. Biji daripada buah matang dimakan bersama sirih dan digunakan untuk mengubati luka dan bisul. Serbuk bijinya boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Air rebusan putik buah digunakan untuk menyuburkan peranakan.
betel palm (Areca catechu)pokok pinang (Areca catechu)PertanianTiadaTiada
arecaidinearekaidinaKimiaTiadaAlkaloid kumpulan piridina, C7H17O2N.H2O. yang diperoleh daripada tumbuhan genus Areca cateohu.
pyridine alkaloidalkaloid piridinaHerbaFitokimiaKumpulan sebatian alkaloid yang dicirikan dengan gelang heterosiklik enam ahli piridina. Kumpulan sebatian ini merupakan terbitan daripada asid nikotinik. Contoh sebatian ini ialah arekolina yang hanya terdapat dalam buah pinang (Areca catechu). Sebatian ini bersifat perangsang dan boleh juga menjadi agen untuk menurunkan tekanan darah.

Kembali ke atas