Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.rai] | اراي

Definisi : Jw 1. gelaran putera raja; 2. sl kata bujukan: ~ ningsun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aria


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ariaariaMuzikTiada

 Karya vokal solo dalam opera, oratorio atau kantata. Aria biasanya diiringi oleh orkestra atau alat muzik tertentu. Aria merupakan karya khas bagi penyanyi solo meluahkan isi hati dan kadangkala mempamerkan teknik nyanyian virtuoso. Pada awal pertengahan Zaman Barok, aria lebih mirip kepada resitatif dan kurang berlirik. Apabila opera diperkembang pada akhir Zaman Barok, aria menjadi lebih berlirik. Pada akhir Zaman Klasik, aria memperlihatkan karya solo vokal yang terindah. Contohnya, Catalogue Aria daripada Don Giovanni, K. 527 (1 787) oleh Mozart.

ariaariaKejuruteraanTiadaTiada
ariaariaKesenianTiadaMuzik vokal yang mengandungi tiga bahagian seperti format ABA.
da capo ariada capo ariaMuzikTiada

 Aria daIam bentuk ABA. Bahagian A diulangi selepas B. Ulangan A biasanya diimprovisasikan dan divariasikan de­ngan ton hiasan supaya penyanyi berpeluang mempamerkan teknik virtuoso. Da capo aria merupakan salah satu bentuk yang terpenting pada akhir abad ke-17 hingga abad ke-18.

aria allunisonoaria allunisonoKesenianTiadaIringan sebunyi, seoktaf, lebih tinggi atau rendah daripada not melodi utama.
ariettaariettaMuzikTiada1. Sebuah aria pendek, ringkas dan biasanya dikaryakan dalam bentuk biner. 2. Aria yang dikenali sebagai arietta dalam opera Perancis muncul pada awal abad ke-18. Manakala pada akhir abad ke-18, arietta ialah sebuah lagu opéra comique Perancis yang melibatkan teknik vokal virtuoso.
ariosoariosoMuzikTiada

 Sebuah aria pendek dan berlirik tetapi tidak mempunyai struktur bentuk aria biasa. Arioso juga bermaksud recitativo arioso dalam opera, oratorio dan kantata, iaitu resitatif yang berlirik. Recitativo arioso mempunyai melodi yang berbunga-bunga dan ekspresif serta melibatkan penukaran harmoni yang lebih kerap dnripada resitatif.

er huanger huangMuzikTiada

 Sejenis aria yang terdapat dalam opera Beijing atau jing xi. Er huang berbeza dengan aria lain melalui tekanan pic, irama tertentu dan formula melodi spesifik. Sinonim erh huang. Lihat juga jing xi.

arietta (It)arietaKesenianTiadaAria kecil.
arioso (It)ariosoKesenianTiada1. Aria ringkas dalam opera atau oratoria. 2. Resitatif yang merdu.
12

Kembali ke atas