Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.rif]/[a.rif] | عاريف

Definisi : 1. yg mengetahui (biasanya dirujuk kpd seseorang yg memahami sesuatu dgn men­dalam atau luas pengetahuannya): saya meng­angguk lagak doktor yg sudah ~ akan penyakit yg dihidapi kanak-kanak itu; ia ~ akan hal-hal tersebut; ~ bijaksana arif lagi pandai; 2. bijaksana, berasaskan pemikiran yg mendalam: hal inilah yg wajar diselidiki, wajar diberi penelitian secara ~; 3. Ar orang yg mendapat makrifat drpd Allah. mengarifi arif akan, memahami: sbg seni­man, dia sewajarnya ~ apa yg berlaku di sekitarnya; mengarifkan menjadikan arif; kearifan perihal arif: mereka meminta nasihatnya kerana ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öa.rif]/[a.rif] | عاريف

Definisi : 1 mempunyai pengetahuan; berilmu; cerdik. 2 tahu; mengetahui. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arif

Puisi
 

Tuan puteri mandi di taman,
     Mari turun ke bulan Rejab;
Pertama arif lagi budiman,
     Satu soal tidak dijawab.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Belum disuruh sudah pergi,
     belum dipanggil sudah datang.

Bermaksud :

Orang yang arif dan rajin.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud arif billahTidak ada maklumat tentang arif billah dalam pangkalan data kami. Berdasarkan carian di internet arif bermaksud tahu/mengetahui dan billah merujuk sesuatu yang disandarkan kepada Allah. Untuk mendapat makna yang lebih menyeluruh, sila rujuk ustaz atau buku yang berkaitan dengan konsep keesaan.Makna29.05.2013
Muhamad Arif Nov 13th, 1:08pm maafkan saya jika terkasar atau mencarut. saya nak tanya apakah maksud perkataan "inzal" saya dah cuba search pada laman dbpm tapi tidak wujud. sering saya jumpa perkataan ini dalam facebook laman sosial lain, jadi saya nak buat posting mengenai makna sebenar perkataan ini.Maklumat tentang pertanyaan tuan tidak ada dalam sumber rujukan kami. Sila semak carian di internet seperti https://www.google.com/#q=inzal.Makna13.11.2015
"Encik Arif menceritakan tentang punca berlakunya banjir di Kelantan." Adakah rangkai kata 'menceritakan tentang punca berlakunya...." itu salah? Kalau salah ,tolong jelaskan ,Farsa menceritakan tentang ..., ... bertanyakan tentang ... adalah tidak gramatis kerana menceritakan, iaitu kata kerja transitif yang mesti diikuti dengan kata nama sebagai objeknya. Perkataan tentang ialah kata sendi nama  yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad.Tatabahasa14.07.2013
Saya tidak arif mengenai penggunaan perkataan in situ dan ex situ. Apakah ejaan yang betul bagi kedua-dua perkataan tersebut, in situ dan ex situ atau in-situ dan ex-situ? Adakah perkataan ini telah menjadi perkataan Melayu? Apakah huraian mengenai in situ dan apakah huraian mengenai ex situ?Salam sejahtera,

Tuan,

Ejaan yang betul ialah in situ dan  ex situ.

Maksud: 

in situ - bermaksud berada pada kedudukan asal atau normal

ex situ - di luar kawasan atau di luar kedudukan asal (berkenaan sesuatu proses, tindakan dan sebagainya).

Contoh ayat: Proses pembiakan hidupan liar secara ex situ memerlukan perkhidmatan rawatan hidupan liar.

Sila rujuk Kamus Dewan atau layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.


Sekian, terima kasih.
Lain-lain14.11.2019
saya kurang arif mengenai penambahan 'kan'.Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. Contonya: i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan; iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; v. kata tugas - sudahkan, sertakan.  Akhiran - kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu meN-...-kan, beR-...-kan, mempeR-...-kan, di-...-kan, dan dipeR-...-kan.
Untuk penjelasan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Empat, halaman 183,184,185
Tatabahasa03.07.2014
Tuan yang arif, Mohon khidmat nasihat daripada Tuan, kata ganti diri yang manakah paling sesuai: 1. Perbualan antara Tengku Alam dengan Tengku Mat dan Tengku Nong: a) "Hamba benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti, hamba hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. b) "Patik benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti, hamba hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. c) "Beta benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti, hamba hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. 2. Perbualan antara Panglima Besar Sancu dan Tengku Nong: a) "Apa yang hamba dapat sekiranya hamba membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" b) "Apa yang beta dapat sekiranya hamba membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" c) "Apa yang patik dapat sekiranya hamba membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" 3. Perbualan antara Tengku Alam dan Panglima Besar Sance a) "Tengku jangan bimbang kerana patik sudah membuat kajian," kata Panglima Besar Sancu penuh yakin. b) "Tengku jangan bimbang kerana hamba sudah membuat kajian," kata Panglima Besar Sancu penuh yakin. 4. Perbualan antara Tengku Nong dan Tengku Alam a) "Tuan hamba rasa rancangan kita boleh berjaya?" Tengku Nong waswas dengan rancangan Tengku Alam. B) "Tengku rasa rancangan kita boleh berjaya?" Tengku Nong waswas dengan rancangan Tengku Alam.1.  "Beta benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti beta hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam.

2. "Apa yang patik dapat sekiranya patik membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?"

3. "Tengku jangan bimbang kerana patik sudah membuat kajian," kata Panglima Besar Sancu dengan yakin.

4. "Tengku rasa rancangan kita boleh berjaya?" Tengku Nong was-was dengan rancangan Tengku Alam.
Tatabahasa23.04.2013
Kepada yang arif, Pertanyaan saya ialah: Bolehkah "tuanku" dirujukkan sebagai "tuan aku"? Aku sebatang pen, tuanku sayang akan aku. Betulkah penggunaan tuanku dalam ayat ini? Jika tuanku digunakan sebagai gelaran kepada raja, perlukah ditulis dengan huruf besar "Tuanku"? Terima kasih Yang benar, LauPerkataan tuanku boleh bermaksud tuan aku atau dipendekkan menjadi tuanku (tuan + ku). Tuanku dalam percakapan rakyat/hamba dengan raja ditulis dengan huruf besar.Tatabahasa03.04.2012
Merujuk kepada soalan saya pada 24/7/2014 dan jawapan yang diberi pada 25/7/2014, Ayat yang betul ialah "Arif beratur di kaunter pembayaran untuk membayar buku-buku yang dibelinya." Perkataan 'harga' tidak perlu di hadapan barang yang dibeli (di sini buku) Bagaimana dengan ayat-ayat di bawah : (1) Arif membayar bunga di kaunter pembayaran. (2) Arif membayar 'harga' bunga di kaunter pembayaran. Perlukah perkataan 'harga' di hadapan barang yang dibeli (di sini bunga) (3) Arif menjelaskan bayaran di kaunter pembayaran.Ayat yang betul ialah (2) Arif membayar 'harga' bunga di kaunter pembayaran dan (3) Arif menjelaskan bayaran di kaunter pembayaran.Tatabahasa29.07.2014
Merujuk kepada soalan saya pada 24/7/2014 , Ayat yang betul ialah "Arif beratur di kaunter pembayaran untuk membayar buku-buku yang dibelinya. Merujuk kepada soalan saya pada 29/7/2014, ayat yang betul ialah Arif membayar harga bunga di kaunter pembayaran. Saya sangat keliru sama ada perkataan 'harga' perlu hadir di hadapan barang yang dibeli (di sini buku dan bunga) atau tidak.Ayat yang betul ialah "Arif beratur di kaunter pembayaran untuk membayar buku-buku yang dibelinya", membayar ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek, iaitu "buku". Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa01.09.2014
Awak hendak memulangkan buku saya itu, bila?" Tanya Arif kepada kawannya. munsyi, soalan saya ialah tanya atau Tanya lebih sesuai digunakan? TQEjaan yang betul ialah Awak hendak memulangkan buku saya itu, bila?" tanya Arif kepada kawannya.Tatabahasa07.02.2012
123456789

Kembali ke atas