Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.rif]/[a.rif] | عاريف

Definisi : 1. yg mengetahui (biasanya dirujuk kpd seseorang yg memahami sesuatu dgn men­dalam atau luas pengetahuannya): saya meng­angguk lagak doktor yg sudah ~ akan penyakit yg dihidapi kanak-kanak itu; ia ~ akan hal-hal tersebut; ~ bijaksana arif lagi pandai; 2. bijaksana, berasaskan pemikiran yg mendalam: hal inilah yg wajar diselidiki, wajar diberi penelitian secara ~; 3. Ar orang yg mendapat makrifat drpd Allah. mengarifi arif akan, memahami: sbg seni­man, dia sewajarnya ~ apa yg berlaku di sekitarnya; mengarifkan menjadikan arif; kearifan perihal arif: mereka meminta nasihatnya kerana ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öa.rif]/[a.rif] | عاريف

Definisi : 1 mempunyai pengetahuan; berilmu; cerdik. 2 tahu; mengetahui. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arif

Puisi
 

Tuan puteri mandi di taman,
     Mari turun ke bulan Rejab;
Pertama arif lagi budiman,
     Satu soal tidak dijawab.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Belum disuruh sudah pergi,
     belum dipanggil sudah datang.

Bermaksud :

Orang yang arif dan rajin.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tuai burung Iborang yang arif dalam membuat tafsiran tentang petanda burung dan mimpi.Tuai burung adalah orang terpenting dalam kehidupan seharian orang-orang Iban. Ia adalah tukang ramal atau tukang tilik.Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gaguk, *aguk* Ibkurang cerdik.Semacam orang gaguk, ia menguit rakan di sebelahnya. Rakan itu arif dengan kuitan. Apa yang patut dibuat, telah dirundingkan sebelumnya. Bincang yang sungguh-sungguh.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas