Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.rif]/[a.rif] | عاريف

Definisi : 1. yg mengetahui (biasanya dirujuk kpd seseorang yg memahami sesuatu dgn men­dalam atau luas pengetahuannya): saya meng­angguk lagak doktor yg sudah ~ akan penyakit yg dihidapi kanak-kanak itu; ia ~ akan hal-hal tersebut; ~ bijaksana arif lagi pandai; 2. bijaksana, berasaskan pemikiran yg mendalam: hal inilah yg wajar diselidiki, wajar diberi penelitian secara ~; 3. Ar orang yg mendapat makrifat drpd Allah. mengarifi arif akan, memahami: sbg seni­man, dia sewajarnya ~ apa yg berlaku di sekitarnya; mengarifkan menjadikan arif; kearifan perihal arif: mereka meminta nasihatnya kerana ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öa.rif]/[a.rif] | عاريف

Definisi : 1 mempunyai pengetahuan; berilmu; cerdik. 2 tahu; mengetahui. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arif

Puisi
 

Tuan puteri mandi di taman,
     Mari turun ke bulan Rejab;
Pertama arif lagi budiman,
     Satu soal tidak dijawab.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Belum disuruh sudah pergi,
     belum dipanggil sudah datang.

Bermaksud :

Orang yang arif dan rajin.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Melihat riak air, saya sudah tahu pendayungmu.Orang yang arif dengan segera dapat mengetahui maksud yang tercantum dalam perbuatan seseorang itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang.Orang yang arif dan rajin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pandai mengambil otak di dalam kepala, tiada diketahui oleh tuan tubuh.Pandai berkata-kata; arif bijaksana.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas