Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ariff


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dengan ini diperakui bahawa Ariff Aiman Firdaus Bin Ariff Nizam telah terpilih dan dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber Perkataan 'diperakui' atau 'diperakukan'....mana satu betul?Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 217, bentuk-bentuk apitan diper-...-i, seperti diperakui, diperolehi dan dipersetujui merupakan bentuk terbitan yang lewah. Bentuk yang gramatis bagi diperakui ialah diakui atau diperakukan. Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman berkenaan.Tatabahasa10.02.2015
Ariff Shahifullah SAB 11.26 PTG Ariff Shahifullah Apakah ejaan yang betul bagi perkataan akikah / aqiqah ?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ejaan yang betul ialah akikahEjaan26.08.2017
kami ingin membina sebuah pangsapuri dan nama yang diletak bagi projek kami dikenali sebagai Residen Era Ariff. Adalah nama ini diluluskan oleh dewan bahasa dan pustakaNama tersebut diluluskan tetapi harus dibetulkan ejaan "Residen" kepada "Residensi"  -->  Residensi Era AriffLain-lain07.03.2016
Assalam Tn Saya Zainal Ariff (0104007090) dari Jururancang Bandar (Zas Planner) ingin mendapat terhadap penggunaan bahasa untuk dijadikan nama taman perumahan yang kami cadangkan di kawasan MBSA, Shah Alam Nama-nama yang kami cadangkan adalah seperti berikut :- 1.Sinaran Residensi 2. Utopia Residensi 3. Seri Sinar Residensi 4. Seri Unggul Residensi Diharapkan pihak tuan dapat memberi ulasan terhadap cadangan di atas dengan kadar segera dan diucapkan ribuan terima kasih.1. Residensi Sinaran 
2. Residensi Utopia
3. Residensi Seri Sinar
4. Residensi Seri Unggul
Tatabahasa17.10.2017
Asalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya Muhammad Irfan Ariff B Nor Azali Shukri, pelajar tahun 2, kursus terjemahan dan intepretasi, di USM. Saya ingin bertanya mengenai perkataan gejala. 1. Adakah perkataan gejala berkonotasikan negatif? Kebiasaannya perkataan tersebut akan dipadankan dengan perkataan negatif? iaitu gejala negatif, gejala sosial, dll. 2. Bolehkah perkataan tersebut digabungkan dengan unsur yang positif? seperti gejala positifMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, gejala bermaksud tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Dalam wacana umum, gejala lazimnya dikaitkan dengan unsur negatif seperti gejala rasuah. Walau bagaimanapun, dalam wacana ilmiah kata gejala digunakan dalam konteks yang membawa maksud petanda, seperti gejala klinikal dan gejala tunggal.Istilah05.05.2015
Assalamualaikum Tuan yang dihormati. Bagaimana ejaan KOPERASI PPZ BERHAD di dalam ejaan Jawi? Terima kasih. -Muhammad Fakhrurrazy Md AriffEjaan Jawi bagi KOPERASI PPZ BERHAD ialah کوڨراسي ڨي.ڨي.زيت. برحد

Ejaan13.08.2020
Bahasa kebangsaan, istilah mana yang paling tepat sekarang? Bahasa Malaysia atau bahasa Melayu. Adakah kedua-duanya boleh diterima?

Saudara Ariff,

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Mata pelajaran yang diajarkan di sekolah ialah Bahasa Malaysia. Walau bagaimanapun, pihak Kabinet Malaysia telah memutuskan bahawa bahasa Malaysia digunakan bertujuan menyemai rasa kektaan dalam kalangan rakyat Malaysia.   

Lain-lain25.01.2010
Salam, Adakah laman web ini mempunyai satu sistem penterjemah dari bahasa malaysia ke bahasa inggeris dan juga bahasa inggeris ke bahasa malaysia?. Sekian, terima kasih. Ariff Badlishah Ariffin Shah Alam

Buat masa ini laman web DBP tidak mempunyai sistem terjemahan tersebut. Walau bagaimanapun pihak tuan boleh menggunakan Bing Translator Service di http://www.microsofttranslator.com (tetapi kemudahan terjemahan dari indonesia ke bahasa inggeris dan sebaliknya disediakan)

Lain-lain03.01.2011
Kami ingin membina sebuah pangsapuri .Cadangan nama yang ingin diberikan kepada pangsapuri ialah : Residen Era Arif. Adakah penggunaan perkataan ini diluluskan oleh DBDP. Sekian, terima kasihEjaan Residen perlu dibetulkan kepada Residensi-->  Residensi Era AriffLain-lain07.03.2016
Salam, saya ingin bertanya, sekiranya saya ingin menghantar makalah untuk diterbitkan dalam Dewan masyarakat berhubung dengan sesuatu isu sosial negara dengan siapakah perlu saya berhubung dan bagaimana format dan prosesnya. terima kasih.

Sila hubungi editor Dewan Masyarakat, Mohd.Shukri Mohd. Ariff, shukri_m@dbp.gov.my

 

 

Lain-lain22.06.2010
12

Kembali ke atas