Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ri.fin] | عاريفين

Definisi : Ar (jamak bagi arif) orang yg mendapat makrifat drpd Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arifin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam hormat dan salam sejahtera. Sejak akhir ini saya dapati perkataan "BAHARU" telah digunapakai secara rasmi di dalam bentuk tulisan rasmi dan juga rencana di dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah. Apakah perbezaannya dengan perkataan "BARU" dengan perkataan "BAHARU"?. 2. Kenapa setiap tahun bahasa melayu berubah dari masa ke semasa? sehingga tidak ada satu bahasa yang standard ( baku )?. 3. Adakah bahasa melayu mengikut selera penterjemahan, dengan itu wujudnya edisi ke edisi. Sekian, terima kasih. Ariff Badishah Arifin Shah Alam.Kata "baharu" ialah kata adjektif manaka kata "baru" merujuk kepada kata bantu untuk masa. Sebagai perbandingan, kata "baharu" dalam bahasa Melayu dapat dipadankan dengan kata "new" dalam bahasa Inggeris.  Manaka kata baru  dapat dipadankan dengan kata "just" dalam bahasa Inggeris.

Bahasa Melayu sebagai bahasa moden sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Selagi bahasa Melayu itu hidup dan berkembang sedikit sebanyak akan mengalami perubahan sama juga seperti bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa moden yang lain.

 

Lain-lain03.01.2011
salam...soalan sy ialah apakah sumbangan hamzah fansuri. tidak kisah sumbangan dari segi apa2 pn,terima kasih

Hamzah Fansuri hidup dalam masa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah IV (1589-1604 Masihi). Beliau lahir di sebuah kampung bernama Fansur. Pada zaman Kesultanan Acheh, Fansur dikenali sebagai pusat pengajian Islam di Acheh. Hamzah Fansur pernah memangku jawatan ulama dan penasihat kepada sultan. Beliau juga dikenali sebagai pengamal ilmu tasawuf beraliran Wahdatul Wujud dan pengikut Tariqat Qadiriyah. Beliau telah menghasil pelbagai karya agama dan sastera seperti antaranya Syair Burung Punggok, Syair Dagang, Syair Sidang Fakir, Syair Burung Pingai, Syair Perahu, Syarab al-Asyikin (Minuman Segala Orang yang Cinta Tuhan), Asrar al-Arifin (Rahsia Orang yang Bijaksana) dan al-Muntahi.

Untuk mengetahui lagi tentang tokoh Hamzah Fansuri, sila dapatkan atau rujuk buku "Tokoh-tokoh Sastera Melayu Klasik" diterbitankan oleh DBP, 1987.

Lain-lain22.01.2010
Apakah beza penggunaan kata nama ‘ajaran’ dengan ‘pengajaran’?

 “Ajaran” bermaksud sesuatu yang diajarkan oleh sesorang atau sesuatu seperti agama dan kitab.

“Pengajaran” bermaksud hal, proses atau perbuatan mengajar atau mengajarkan atau Pengalaman pahit yang dijadikan sebagai pedoman atau iktibar supaya tidak berulang.

Contoh ayat:

      i.       1. Iskandar selalu ingat akan ajaran gurunya.

     ii.       2. Pengajaran Cikgu Arifin tentang sejarah Bahasa Melayu ternyata sangat berkesan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 32.

Tatabahasa16.01.2024

Kembali ke atas