Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ris.to.krat] | اريستوکرت

Definisi : 1. kaum bangsawan; 2. penganut faham bahawa pimpinan pemerintahan harus dipegang oleh kaum bangsawan (orang kaya-kaya dan orang-orang yg tinggi martabatnya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ris.to.krat] | اريستوکرت

Definisi : kaum bangsawan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aristokrat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PLEBIAN

Plebian ialah golongan rakyat biasa pada zaman

awal Republik Rom. Plebian termasuk hamba yang

dibebaskan, petani, dan orang di bawah

tanggungan golongan aristokrat. Tidak diketahui

bagaimana mula berlaku perbezaan antara plebian

dan golongan aristokrat, tetapi perbezaan telah

wujud pada awal tahun 500 S.M.

UMUM 
PATRISIAN

Patrisian ialah golongan aristokrat Republik

Rom awal (509 SM–264 SM). Perkataan Inggeris

patrician berasal daripada perkataan Latin pater

(bapa), yang digunakan untuk memerikan anggota

Senat Rom.

UMUM 
KELAS MENENGAH

Kelas menengah ialah sekumpulan orang yang

berada di antara kelas atasan dengan kelas

bawahan dalam sesebuah masyarakat. Istilah kelas

menengah pertama kali digunakan secara umum

ketika awal tahun 1800-an di Eropah. Ia merujuk

kepada borjuis (kelas peniaga), sekumpulan orang

yang berada di antara kaum aristokrat dengan

kaum petani.

UMUM 

Kembali ke atas