Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ris.to.krat] | اريستوکرت

Definisi : 1. kaum bangsawan; 2. penganut faham bahawa pimpinan pemerintahan harus dipegang oleh kaum bangsawan (orang kaya-kaya dan orang-orang yg tinggi martabatnya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ris.to.krat] | اريستوکرت

Definisi : kaum bangsawan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aristokrat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aristocratbangsawan/aristokratSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
aristocratgolongan aristokratSains PolitikPolitik PerbandinganLihat golongan bangsawan.
aristocracygolongan bangsawan/golongan aristokratSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
boyarningrat (Rusia/Rumania)SejarahTiadaAnggota golongan aristokrat Rusia atau Rumania yang memiliki banyak keistimewaan dan merupakan golongan kedua selepas putera mahkota.
Medieval gardentaman MedievalLandskapTiadaKawasan berlandskap yang terdapat dalam kawasan gereja dan kediaman aristokrat pad a Zaman Pertengahan. Taman ini mengandungi herba ubatan dan bungabungaan.
Medieval gardentaman MedievalLandskapTiadaKawasan berlandskap yang terdapat dalam kawasan gereja dan kediaman aristokrat pad a Zaman Pertengahan. Taman ini mengandungi herba ubatan dan bungabungaan.
semi-direct democracydemokrasi separuh langsungSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang melibatkan penyertaan politik secara langsung kepada kelompok tertentu, manakala kelompok yang lain dalam masyarakat perlu memilih wakil bagi mewakili kepentingan mereka. Kelompok yang terlibat secara langsung seperti golongan aristokrat, intelektual dan kelas atasan. Kelompok yang perlu memilih wakil pula ialah golongan bawahan dan hamba.
aristocratgolongan bangsawanSains PolitikPolitik PerbandinganGolongan atasan yang menguasai pemerintahan sesebuah negara dan mempunyai kekayaan serta kedudukan ekonomi yang kuat. Golongan ini biasanya mempunyai pengikut yang besar dan setia serta banyak terdapat pada zaman feudal dan masih kekal sehingga sekarang. Walaupun begitu, pada masa kini golongan ini tidak lagi menguasai atau mendominasi politik dan ekonomi. Istilah aristokrat pula berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud sistem pemerintahan yang dikuasai oleh golongan yang terbaik. Contohnya, golongan Haciendas di Amerika Latin pada abad ke-l8 dan Lord atau Baron di England pada abad ke-15. Sinonim golongan aristokrat.
masquemasqueMuzikTiada

 Persembahan yang popular dalam kalangan para aristokrat pada abad ke-16 dan abad ke-17. Masque berasal dari England dan ceritanya tentang mitos dan alegori. Masque terdiri daripada muzik instramental, vokal, lakonan, tarian dan bacaan puisi. Masque menggunakan kostum dan hiasan pentas. Contohnya, The Fairy Queen (1692) oleh Henry Purcell. Sinonim mask.

class conflictkonflik kelasSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan antara dua kelas sosial yang diwarnai dengan unsur antagonistik dan ketegangan dalam sesebuah masyarakat. Pertentangan ini tercetus disebabkan oleh faktor ketidakseimbangan politik, ekonomi dan sosial. Dalam konteks sejarah, konflik kelas dilihat sebagai unsur utama yang melahirkan perubahan dan perkembangan sistem sosial, misalnya daripada sistem feudal kepada sistem kapitalis iaitu manifestasi persaingan antara aristokrat dengan pemodal. Pertentangan kelas dalam masyarakat biasanya ditonjolkan dalam kehidupan seharian khususnya dalam politik. Ketegangan ini dimanifestasikan dalam pelbagai tindakan antaranya bersifat ganas dan berpanjangan seperti yang berlaku dalam Peperangan Daerah Johnson di Wyoming, Amerika Syarikat pada abad ke-19, bersifat tersembunyi seperti yang berlaku dalam produksi perkilangan antara pekerja dengan majikan atau dalam pertentangan yang bersifat kepartian seperti Parti Buruh dengan Parti Konservatif. Sinonim pertentangan kelas.
12

Kembali ke atas