Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aristotle


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARISTOTLE

Aristotle (384–322 S.M.), ahli falsafah, pendidik,

dan ahli sains Yunani yang merupakan salah

seorang ahli fikir yang paling agung dan paling

berpengaruh dalam budaya Barat. Aristotle

mungkin seorang ahli falsafah Yunani klasik atau

purba yang paling terpelajar dan paling berilmu.

Dia membiasakan dirinya dengan keseluruhan

pembangunan pemikiran Yunani sebelum

zamannya. Dalam tulisannya, Aristotle

mempertimbangkan, meringkaskan, mengkritik,

dan seterusnya mengembangkan kesemua tradisi

intelek yang kaya yang diwarisinya. Aristotle dan

gurunya Plato biasanya dianggap sebagai dua

orang ahli falsafah Yunani purba yang paling

penting.

UMUM 
ONASSIS, ARISTOTLE SOCRATES

Onassis, Aristotle Socrates (1906–1975),

pemilik kapal dan eksekutif perniagaan Yunani,

menjadi salah seorang individu yang terkaya di

dunia. Pada tahun 1968, dia mengahwini

Jacqueline Kennedy, balu Presiden Amerika

Syarikat, John F. Kennedy.

UMUM 
MAIMONIDES, MOSES

Maimonides, Moses (1135–1204), ahli falsafah

Yahudi yang paling penting pada Zaman

Pertengahan. Maimonides mencuba menunjukkan

keserasian falsafah yang diajarkan oleh pemikir

Yunani purba, Aristotle, dengan tradisi Yahudi.

UMUM 

Kembali ke atas