Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aristotle


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anti-Aristoteliananti-AristotleKesenianDrama dan TeaterPendekatan yang diperkenalkan oleh Bertolt Brecht dalam menyusun struktur plot drama yang bertentangan dengan teori Aristotle dari segi kesan katarsis terhadap penonton. Dari segikesatuan dramatik, pendekatan ini juga tidak terikat kepada struktur plot seperti yang disarankan oleh Aristotle, iaitu mesti dalam urutan permulaan, pertengahan dan akhiran cerita.
Aristotle's lanterntanglung AristotleGeologiTiadaTiada
Aristotle's lanternlantera AristotlePerikananTiadaTiada
poeticspuitikaKesusasteraanTiadaTeori penggubahan dan kritikan puisi. Dalam karya Poetics oleh Aristotle mengemukakan prinsip dan peraturan dalam penulisan dan kajian puisi. Walaupun puitika biasanya dikaitkan dengan puisi, namun Aristotle juga mengaitkannya dengan drama dan epik. Pada zaman moden, maksud puitika diperluaskan kepada teori umum tentang kesusasteraan. Formalis Rusia dan ahli linguistik dari Prague School mencadangkan puitika sebagai sains kesusasteraan yang menumpukan perhatian kepada sifat umum kesusasteraan itu. Ahli formalisme, iaitu Shklovsky dan Propp mempelopori analisis sistematis tentang struktur naratif dan mempengaruhi perkembangan puitika novel atau puitika fiksyen. Pada tahun 1950-1960, para pengkritik seperti Barthes dan todorov memperkemaskan puitika fiksyen dengna mengasimilasikan idea formalis Rusia dengan pendekatan strukturalisme. Mereka menghasilkan satu puitika yang dapat mengenal pasti ciri dasar dan konvensi semua teks dan bukan hanya teks individu.
dramadramaKesusasteraanTiadaKarya yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio, atau televisyen. Aristotle mentakrifkan drama sebagai aksi manusia yang ditiru. Drama boleh dicipta dalam bentuk lisan atau tulisan. Teks yang dicipta secara lisan lebih mementingkan unsur persembahan daripada unsur sastera yang bertulis. Contohnya, drama tradisional tempatan seperti makyung dan wayang kulit. Terdapat pelbagai jenis drama, antaranya drama tragedi, drama komedi dalam bacaan, dan melodrama yang mempunyai subgenre masing-masing. Drama mempunyai dua dimensi, iaitu sebagai karya kesusasteraan yang disampaikan dalam bentuk dialog dengan tujuan untuk dipentaskan sebagai seni pertunjukan, dan sebagai teks sastera untuk dihayati dan dikaji. Struktur drama Barat boleh dilihat dalam The Poetics karya Aristotle, manakala struktur drama Timur boleh ditemui dalam drama Sanskrit Natyasastera. Contoh drama Melayu ialah Gong dan Orang-orang Pulau oleh Hassan Saprin, dan Si Bongkok Tanjung Puteri oleh Shahrom Hussien. Drama berasal daripada perkataan Yunani dran yang bermaksud �melakukan, melakonkan, atau mencapai.
katharsiskatarsisKesusasteraanTiadaIstilah yang digunakan Aristotle tentang tragedi yang menyentuh tentang rasa kasihan dan takut mengakibatkan berlakunya kebersihan diri emosi-emosi tersebut.
imitationimitasiKesenianDrama dan Teater1. Teori Aristotle yang merujuk lakonan sebagai peniruan kehidupan. 2. Perlakuan yang meniru tingkah laku dan peristiwa daripada kehidupan sebenar. Perlakuan ini terhasil melalui proses saringan dramatik.
scholasticismskolastisismePendidikanTiadaSistem falsafah zaman pertengahan yang menggabungkan falsafah Aristotle dengan falsafah keagamaan.
mimesismimesisKesusasteraanTiadaPrinsip dasar dalam pengkaryaan sastea yang berteraskan peniruan. Menurut Aristotle dan Poetics pada kurun keempat sebelum Masihi, sastera merupakan peniruan kehidupan seperti seadanya. Istilah mimesis ini berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �peniruan�. Lihat juga kritikan mimetik.
unity of actionkesatuan aksiKesenianDrama dan TeaterPrinsip struktur dramatik yang dirumuskan oleh Aristotle yang peniruan aksinya padat dalam konteks urutan awal, pertengahan dan akhir drama dengan hubungan sebab akibat yang logik antara setiap bahagian aksi.
1234

Kembali ke atas