Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.rit.mé.tik] | اريتميتيک

Definisi : sains tentang nombor yg melibat­kan proses tambah, tolak, bahagi, dan darab, kira-kira: mencampur, menolak, mendarab, dan membahagi angka termasuk dlm bidang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.rit.mé.tik] | اريتميتيک

Definisi : sains ttg nombor yg melibatkan proses tambah, tolak, bahagi, dan darab; kira-kira. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aritmetik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARITMETIK

Aritmetik memberi jawapan kepada soalan

seperti ‘Berapa banyak?’ ‘Berapakah harganya?’

dan ‘Berapa jauh?’ Ia membantu kita mendapatkan

cara yang ringkas dan mudah untuk

menyelesaikan masalah dengan nombor.

Aritmetik kadangkala disebut ‘sains nombor’ dan

‘seni pengiraan’. Ia membentuk satu cabang

penting matematik (lihat Matematik ).

UMUM 
NOTASI

Notasi adalah sebarang sistem simbol dan

kependekan yang membantu manusia bekerja

dengan sesuatu subjek tertentu. Bidang matematik

menggunakan notasi untuk memudahkan dan

menggabungkan idea dan masalah. Sistem angka

Arab ialah alat notasi bagi menulis nombor dan

membuat aritmetik dan cabang aritmetik lain yang

lebih mudah. Bidang kimia, muzik, dan lain-lain

subjek mempunyai sistem notasi.

Lihat juga Muzik (Notasi muzik) ; Simbol; Sistem

perangkaan.

UMUM 
KUASA

Kuasa dalam aritmetik ialah hasil sesuatu nombor

yang didarab dengan dirinya sendiri sebanyak

beberapa kali yang dikehendaki.

UMUM 
TEORI SET

Teori set ialah satu cara untuk menyelesaikan

masalah matematik dan penaakulan. Dengan

mengkaji teori set, anda boleh memahami

aritmetik dan matematik secara keseluruhannya

dengan lebih baik.

UMUM 
MIN

Min, dalam statistik, ialah jumlah siri nombor yang

dibahagikan dengan bilangannya. Katakan terdapat

lima orang wanita yang berat masing-masing ialah 67,

62, 68, 69, dan 64 kilogram. Jumlah keseluruhan berat

mereka ialah 330 kilogram. Bahagikan jumlah ini

dengan 5, iaitu bilangan wanita: 330 ÷ 5= 66. Min siri

nombor ini ialah 66 dan berat min wanita-wanita

berkenaan ialah 66 kilogram. Berat 66 kilogram ini

dapat digunakan untuk mewakili perbezaan berat

kelima-lima wanita tersebut, walaupun tidak ada yang

mempunyai berat 66 kilogram. Min lazimnya disebut

sebagai purata aritmetik atau min aritmetik.

Lihat juga Median; Mod; Purata; Statistik

(Kebarangkalian).

UMUM 
SENI LIBERAL

Seni liberal ialah tabiat ilmiah tentang

pemikiran dan pertuturan yang dianggap penting

bagi manusia yang bebas. Dari segi sejarah, seni

liberal termasuk dua kumpulan pengajian. Yang

pertama ialah penggunaan bahasa (nahu) yang

betul, berfikir dengan jelas (logik), dan

menyatakan idea seseorang dengan meyakinkan

(retorik). Kumpulan kedua termasuk pelbagai

cabang matematik. Pada mulanya, cabang ini

adalah aritmetik, geometri, astronomi dan

harmoni. Daripada pengajian tradisional ini, lahir

pula kumpulan sains semula jadi, sains sosial dan

kemanusiaan. Kolej yang memberi tumpuan

kepada pengajian ini biasanya dikenali sebagai

kolej seni liberal.

UMUM 
NAPIER, JOHN

Napier, John (1550–1617), Laird Merchiston, ialah

ahli matematik Scotland. Dia membina cara

pengiraan pantas yang digunakan dalam bidang

astronomi, trigonometri, pelayaran, pembuatan

peta dan pengukuran. Napier menemui cara

mendarab nombor dengan mudah, iaitu

mencampurkannya dengan nombor lain, serta

menyamakan nombor yang dinamakannya

logaritma (lihat Logaritma ). Logaritma digunakan

untuk menjelaskan secara matematik banyak

fenomena semula jadi. Napier juga mencipta “rod”

atau “tulang” yang boleh disusun untuk pengiraan

aritmetik. Dia lahir berhampiran Edinburgh,

Scotland.

UMUM 
SEGI EMPAT SAMA

Segi empat sama ialah rajah satah dalam

geometri, yang mempunyai empat sisi yang lurus

dan empat sudut tegak (90º) yang sama.

Jika setiap sisi pada sesuatu segi empat sama

berukuran empat sentimeter panjang, maka segi

empat sama tersebut boleh dipotong menjadi

4 x 4, atau 16 segi empat sama yang lebih kecil

yang mempunyai sisi satu sentimeter panjang.

Luas segi empat sama tersebut bersamaan 16

sentimeter persegi (lihat Ukuran persegi ). Dalam

aritmetik dan algebra, kuasa dua bagi sesuatu

kuantiti ialah hasil kuantiti itu sendiri. Contohnya,

16 ialah kuasa dua 4, kerana 4 x 4 = 16. Jika b

mewakili sebarang kuantiti, maka kuasa dua bagi

b , atau b+ b, ditulis sebagai . Angka 2 kecil

yang ditulis di sebelah kanan dan atas huruf b

dikenali sebagai eksponen . Eksponen 2 tersebut

menunjukkan bahawa kuantiti b hendaklah

diambil dua kali sebagai satu faktor.

Lihat juga Kuasa; Punca kuasa dua; Sisi empat.

UMUM 

Kembali ke atas