Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.ju.na] | ارجونا

Definisi : sl 1. dewa-dewa Hindu yg termasyhur kerana kepahlawanan mereka; 2. ki lelaki yg dikasihi (sama ada kekasih, suami, dsb): aduhai, ~ kekasihku! (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arjuna


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud perkataan indonesia JOMBLO,ARJUNA,PACARBerdasarkan Kamus Bahasa Melayu Nusantara, jomlo bermaksud gadis tua, Arjuna bermaksud salah seorang daripada Pandawa lima atau lelaki yang dikasihi dan pacar bermaksud tumbuhan yang daunnya digunakan sebagai pemerah kuku, jari, rambut, dsb; inai atau teman lawan jenis yang tetap dan mempunyai hubungan cinta kasih; kekasih.Makna02.10.2006
Catatan minit mesyuarat: Disahkan oleh atau Dipengerusi oleh : (Apa yang betul?) _______________________________ ( ARJUNA @ HASSAN BIN MUSTAPHA ) Pengerusi, Panitia Bahasa Melayu, SK. Engkililili No.1.

Pada kelazimannya Pengerusi Mesyuarat yang akan mengesahkan Minit Mesyuarat, walau bagaimanapun catatan pada akhir minit ditulis "Disahkan oleh".

Tatabahasa30.09.2011
sayembara..?????/ cth ayat....plsSayembara sama maknanya dengan pertandingan atau peraduan. Contoh ayat, Sayembara lagu puisi peringkat akhir akan diadakan pada minggu hadapan di DBP. Satu contoh ayat lagi ialah, Satu sayembara memanah telah dijalankan antara Seri Rama dengan Arjuna bagi menentukan siapakah yang berhak mengahwini Sita Dewi.Makna09.11.2006
KGND I 'aku' lazimnya digunakan kepada rakan. KGND I itu agak kasar tetapi bersifat mesra. Kenapakah 'aku' digunakan untuk Tuhan? Apakah hujahnya? Tolong jelaskan penggunaan kata 'sang' dan 'si' dengan terperinci?Aku, kata ganti nama diri pertama yang selalu digunakan dalam perhubungan yang akrab antara sesama kawan dan begitu juga antara manusia dengan tuhan. Oleh itu, aku sebagai laras bahasa yang sering digunakan dalam doa untuk merujuk keakraban antara manusia dengan pencipta-Nya. Sang ialah kata sandang yang digunakan di depan sesuatu kata nama untuk maksud menghormati, mengejek dan lain-lain, seperti: Sang Arjuna; dan Sang kancil. Si ialah kata sandang yang digunakan di depan nama, kata benda atau kata sifat, seperti Si Bongsu dan Si Ahmad.Tatabahasa11.11.2010

Kembali ke atas