Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.ka.is.me] | ارکاءيسمى

Definisi : cara kuno (bkn pemakaian kata, bentuk kata, dan ayat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arkaisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
archaismarkaismeKesusasteraanTiadaPenggunaan perkataan, frasa atau ayat yang dianggap kuno, purba, usang atau antik kerana telah lama tidak digunakan. Perubahan masa menyebabkan banyak perkataan yang pernah digunakan pada zaman silam dianggap lupus dan kuno. Ada kalanya, bahasa arkaik agak sukar difahami maksudnya, dan memerlukan penelitian yang lebih terperinci. Umumnya, bahasa arkaik banyak ditemui dalam puisi. Dalam kesusasteraan Inggeris, perkataan seperti �thye�, �thee�, atau �morn� merupakan perkataan arkaik. Arkaisme mempunyai peranan tertentu, antaranya dapat meninggalkan kesan penggunaan bahasa yang berbeza daripada bahasa biasa, serta dapat menimbulkan suasana budaya masa lampau kepada pembaca masa kini. Dalam tradisi Melayu, bahasa arkaik banyak ditemui dalam teks Melayu lama, khususnya dalam mantera Melayu.
archaismarkaismeKesusasteraanPuisiPenggunaan kata atau ungkapan dalam unsur Melayu lama yang tidak lazim lagi digunakan dalam kosa kata masa kini. Tujuannya untuk menimbulkan kesan tertentu berdasarkan tema.

Kembali ke atas