Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.kib] | ارکيب

Definisi : 1. kumpulan naskhah (piagam) yg disimpan; 2. tempat menyimpan naskhah-naskhah, rekod umum dan dokumen-doku­men sejarah sesebuah negara; 3. (Komp) tempat menyimpan atur cara dan data kom­puter bagi jangka masa yg lama; mengarkib (Komp) menyalin atur cara atau data ke dlm cakera, pita, dll utk penyimpanan jangka panjang; mengarkibkan menyimpan sesuatu bahan (rekod, dokumen, dsb) di arkib: tradisi-tradisi itu didokumentasikan bukan utk diarkibkan; kearkiban segala yg berkaitan dgn fungsi (kegiatan, urusan, dsb) arkib: anugerah itu sbg sumbangannya dlm bidang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ar.kib] | ارکيب

Definisi : 1 tempat menyimpan naskhah-naskhah lama dsb yg dianggap penting. 2 ist tempat menyimpan atur cara dan data komputer bagi jangka masa yg lama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arkib


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARKIB

Arkib ialah koleksi maklumat sejarah. Saiz arkib

berbeza-beza daripada arkib negara yang besar

sehingga kepada koleksi fail di sekolah dan kolej

atau di premis syarikat swasta.

Banyak organisasi kerajaan mempunyai arkib.

Contohnya, di England dan Ireland, arkib dikenali

sebagai pejabat rekod kaunti . Pejabat ini

merekodkan topik seperti perbicaraan mahkamah

tempatan; mesyuarat badan-badan kerajaan

tempatan; pembangunan jalan raya, jambatan dan

landasan kereta api; pasar tempatan dan perincian

mengenai keluarga tempatan.

UMUM 
ARKIB NEGARA MALAYSIA

Arkib Negara Malaysia ialah organisasi

pentadbiran yang bertanggungjawab terhadap

penyimpanan dan pemeliharaan khazanah

persuratan yang berkaitan dengan sejarah negara.

Arkib juga membekalkan maklumat bagi

kepentingan masyarakat. Arkib Negara ditubuhkan

pada 1 Disember 1957 dengan nama Pejabat Rekod

Awam Malaya.

UMUM 
MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

Memorial Tunku Abdul Rahman Putra,

memorial yang menyimpan dan mempamerkan

barang-barang milik Tunku Abdul Rahman Putra,

Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Ia

ditubuhkan untuk mengingati dan mengenang jasa

dan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra

kepada negara. Memorial ini menjaga, menyimpan,

dan memulihara segala bahan-bahan arkib,

muzium dan perpustakaan milik Tunku Abdul

Rahman Putra dan hal-hal yang berkaitan

dengannya, mempamerkan kepada pelawat bahan-bahan

miliknya dan yang berkaitan dengannya,dan

menyediakan kemudahan rujukan kepada

penyelidik tentang sejarah perjuangan, jasa serta

sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra kepada

negara. Memorial ini turut berperanan

menimbulkan kesedaran dan nasionalisme kepada

generasi sebagai monumen yang kekal sebagai

peninggalan sejarah, dan untuk menjadikannya

sebagai salah satu tarikan kepada pelancong.

UMUM 
ZAKIAH HANUM HAJI ABDUL HAMID, DATO'ZAKIAH HANUM HAJI ABDUL HAMID, Dato’ (1937-     ), Ketua Pengarah Arkib Negara yang pertama.  Dia lahir pada 15 September 1937 di Alor Setar, Kedah.  Dia mendapat pendidikan di Kampung Baru Girl’s School, Alor Setar, Sekolah Sultanah Asma, Alor Setar (1947-1955) dan Methodist Boy’s School, Pulau Pinang (1956-1957).  Zakiah Hanum berkelulusan Pengajian Melayu dari Universiti Malaya Singapura dan Kuala Lumpur.  Dia juga merupakan salah seorang daripada beberapa anak Melayu yang berjaya ke universiti pada waktu itu.BUDAYATokoh
MUZIUM TANAMAN

Muzium tanaman, gedung simpanan dan arkib pokok-pokok tanaman yang mempamerkan data-data lengkap seperti rekod geografi, ekologi, sejarah, keterangan etnobotani dan data penyelidikan.

PERTANIANInstitusi/Organisasi
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA, perpustakan induk yang menyimpan khazanah ilmu dalam pelbagai bentuk dan jenis dan memberi perkhidmatan kepada pembaca, penyelidikan dan pengguna am.  Perpustakaan Negara terletak di jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.  Perpustakaan Negara bermula sebagai sebuah perpustakaan negeri di Arkib Negara pada tahun 1966 dan kemudian menjadi sebuah Perpustakaan Persekutuan pada tahun 1977.  Ketua Pengarahnya yang pertama ialah Paul C. Ratchaga.  Pada tahun 1990, Perpustakaan Negara diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan.  Tujuan dan maksud Perpustakaan Negara termaktub dalam Akta Perpustakaan Negara (pindaan) 1987.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PANDURANGA

PANDURANGA, sebuah negeri dalam kerajaan Campa.   Majoriti penduduknya orang Cam daripada rumpun Melayu.  Mereka beragama Islam dan ada juga penganut Hindu. Panduranga, khususnya kawasan Cana, terkenal sebagai kawasan garam terbesar di Campa.  Panduranga juga tempat tinggalan candi seperti Po Kluang Garay dan Po Rome, dan arkib dalam bentuk manuskrip bertulisan huruf Cam, Nom dan Cina.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
AUSCHWITZ

Auschwitz ialah pusat buruh paksa dan

penghapusan yang dilakukan oleh Nazi Jerman

semasa Perang Dunia II (1939–1945). Lebih kurang

satu juta orang mati di Auschwitz dari bulan

September 1941 hingga bulan Januari 1945. Nazi

menggunakan bilik gas dan cara lain untuk

membunuh hampir kesemua mangsa. Manakala

buruh paksa yang lain mati kerana kebuluran atau

penyakit, dan sebahagian yang lain pula dipaksa

berkerja di kilang-kilang berhampiran hingga

mereka mati. Kebanyakan mangsa di Auschwitz

ialah orang Yahudi. Nazi membunuh mereka

sebagai sebahagian daripada rancangan mereka

untuk membunuh semua orang Yahudi di Eropah.

Auschwitz terletak di Poland, berhampiran

sebuah tempat yang kini dikenali sebagai

Oswiecim. Pusat ini terdiri daripada tiga buah kem

tahanan, dibina antara tahun 1940 hingga tahun

1942. Kini, Auschwitz ialah sebuah muzium dan

arkib yang dikekalkan oleh kerajaan Poland.

UMUM 

Kembali ke atas