Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.kib] | ارکيب

Definisi : 1. kumpulan naskhah (piagam) yg disimpan; 2. tempat menyimpan naskhah-naskhah, rekod umum dan dokumen-doku­men sejarah sesebuah negara; 3. (Komp) tempat menyimpan atur cara dan data kom­puter bagi jangka masa yg lama; mengarkib (Komp) menyalin atur cara atau data ke dlm cakera, pita, dll utk penyimpanan jangka panjang; mengarkibkan menyimpan sesuatu bahan (rekod, dokumen, dsb) di arkib: tradisi-tradisi itu didokumentasikan bukan utk diarkibkan; kearkiban segala yg berkaitan dgn fungsi (kegiatan, urusan, dsb) arkib: anugerah itu sbg sumbangannya dlm bidang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ar.kib] | ارکيب

Definisi : 1 tempat menyimpan naskhah-naskhah lama dsb yg dianggap penting. 2 ist tempat menyimpan atur cara dan data komputer bagi jangka masa yg lama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arkib


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
public archivearkib awamSejarahTiadaArkib yang dikhususkan untuk kegunaan orang awam.
private archivearkib swastaSejarahTiadaArkib yang diusahakan oleh pihak swasta seperti pertubuhan sejarah, pencinta arkeoloji, orang persendirian, pengumpul barang lama dan sebagainya.
archives groupkumpulan arkibSejarahTiadaKumpulan beberapa arkib yang menyimpan rekod bersejarah.
archival serviceperkhidmatan arkibSejarahTiadaPerkhidmatan yang diberikan oleh arkib untuk pengguna.
principle of arrangementasas mengatur (arkib)SejarahTiadaPeraturan yang telah ditentukan menurut persetujuan sistem arkib dalam kerja pengkatalogan bahan-bahan menulis.
archive filefail arkibTeknologi MaklumatTiadaFail yang mengandungi beberapa fail lain yang berkaitan, biasanya dalam format mampat seperti fail zip yang bertujuan untuk mengurangkan saiz fail dan membuat penghantaran kepada penerima. Fail ini boleh disebarkan secara muat atas atau muat turun kepada Internet atau daripada Internet. Kebanyakan perisian disebarkan secara percuma, seperti perisian kongsi diletakkan dalam arkib yang mengandungi kesemua atur cara yang berkaitan termasuk dokumentasi dan berkemungkinan data. Perisian antivirus sukar mengesan virus pada fail ini kerana telah dimampatkan terlebih dahulu.
book processingpemprosesan bukuPerpustakaanTiada1. Pelbagai kerja rutin seperti mengecap, melabel, menomborkan, dan lain-lain sebelum buku tersebut di letak di rak buku.,2. Dalam arkib, aktiviti seperti deskripsi, penyusunan dan pengawetan bahan-bahan arkib dalam usaha memberi kemudahan menggunakan dokumen.
archivearkibPentadbiranTiadaTiada
archivearkibPerpustakaanTiada1. Rekod umum atau dokumen sejarah yang disimpan dalam tempat simpanan yang diperakui.,2. Dokumen yang membentuk sebahagian daripada urusan rasmi dan dipelihara untuk rujukan rasmi.,3. Koleksi buku atau dokumen lama.
National ArchiveArkib NegaraPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas