Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.ki.ték] | ارکيتيک

Definisi : (arkiték) 1. jurubina; 2. ki perancang atau pencipta sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ar.ki.ték] | ارکيتيک

Definisi : /arkiték/ orang yg bertanggungjawab membuat pelan bangunan dan mengawasi pembangunannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arkitek


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera DBP. Soalan saya ialah berkenaan dengan ejaan rasmi perkataan 'Architect' di dalam Bahasa Melayu: adakah 'Arkitek' atau 'Akitek'? Ini adalah kerana terdapat kekeliruan dan penggunaan rasmi kedua-dua ejaan ini digunakan secara meluas. Contohnya untuk 'Arkitek': Lembaga Arkitek Malaysia, Akta Arkitek 1967. Manakala contoh ejaan 'Akitek': Pertubuhan Akitek Malaysia, dan banyak firma seni bina berdaftar yang menggunaan ejaan ini. Terima kasih di atas bantuan dan kerjasama dari pihak DBP.Menurut Kamus Dewan Perdana, ejaan yang betul ialah “arkitek” yang bermaksud orang yang berkelayakan untuk mereka bentuk bangunan dan menyelia pembinaannya.Ejaan30.12.2021
Salam. Saya arkitek dari Ipoh. Ada satu projek di Bandar Universiti Seri Iskandar. Developer nak guna nama "Jalan Lakeville" untuk Nama Jalan, sebab jalan-jalan di lot sebelah sudah lulus sebagai Jalan Lakeville pada tahun 2014. Pegawai daripada Majlis Daerah Perak Tengah suruh kami dapat kelulusan daripada DBP untuk mengunnakan nama "Lakeville". Kami ingin tanya DBP, apakah prosedur kalau nak mohon "Lakeville" sebagai nama khas?DBP tidak boleh mengesahkan nama jalan dalam bahasa Inggeris. DBP hanya boleh mengesahkan nama jalan dalam bahasa Melayu.Istilah07.04.2017
Saya sebagai Arkitek ingin mendapat pengesahan daripada pihak DBP untuk menentukan terjemahan perkataan "R.C Coping" kepada Bahasa Malaysia "Konkrit bertetulang ?". Niat saya adalah untuk mengemukakan pelan dalam BM kepada pihak berkuasa. Tapi saya tidak dapat menerjemahkan perkataan "Coping".Untuk makluman belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "R.C. Coping". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "R.C. Coping" ialah kepala tembok konkrit bertetulang atau tukup konkrit bertetulang.Istilah10.06.2016
kekeliruan berkaitan dengan koleksi lembar bahasa bil 1 2007. Ejaan yang betul dan salah sama sahaja.Tidak pasti mana satu yang betul. Antaranya:Arkitek,atlet,atur cara,baik pulih dan banyak lagi yang mengelirukan pengguna. saya juga keliru dengan ejaan yang ditulis betul seperti cedekiawan,definisi ditulis fefinisi dan istirahat ditulis isytirahat. Segala kerjasama pihak tuan amat saya hargai.Saudara boleh mendapatkan cetakan terbaru lembar tersebut melalui laman web DBP www.dbp.gov.my pada halaman Aktiviti Terkini, Tajuk Bulan Bahasa Terkini di facebook.Lain-lain21.10.2009
Saya ingin menyemak nama jawatan "Solution Architect" di dalam Bahasa Melayu. Terima kasih.Tidak ada maklumat tentang jawatan Solution Architect dalam pangkalan data kami. Apakah perbezaannya jawatan Solution Architect dengan Arkitek? Harap tuan dapat memberikan maklumat jawatan tersebut kepada pihak kami.Istilah12.07.2012
Tuan / Puan, Saya ingin mencari istilah Bahasa Melayu yang digunakan bagi perkataan-perkataan dibawah: 1. Rich Internet Applications (RIA) 2. Civil Engineer 3. Architect 4. Soil Analyst 5. Mechanical Engineer 6. Electrical Engineer 7. Pilot 8. Aeronautical Engineer 9. Television Technician 10. Lighting Equipment Operation 11. Glass Product Decorator Khidmat daripada pihak Tuan / Puan amat saya hargai. Terima Kasih. Salam hormat, Nur Shalihah binti Muhdi Kolej Olympia Johor Bahru

1. Rich Internet Applications (RIA) - Aplikasi Internet Beraneka (cadangan)

2. Civil Engineer - Jurutera Awam

3. Architect - Arkitek

4. Soil Analyst - Juruanalisis Tanah 

5. Mechanical Engineer - Jurutera Mekanikal

6. Electrical Engineer - Jurutera Elektrikal

7. Pilot - Juruterbang

8. Aeronautical Engineer - Jurutera Penerbangan

9. Television Technician - Juruteknik Television

10. Lighting Equipment Operation - Operasi peralatan lampu (cadangan)

11. Glass Product Decorator - Juruhias produk kaca (cadangan)

Istilah30.11.2011
1. Tuan, dalam konteks Malaysia, adakah singkatan "Ir." bagi Jurutera Profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (Board of Engineers Malaysia) dan lulusan universiti tempatan atau United Kingdom merujuk kepada gelaran "Insinyur" atau "Ingenieur"? Di Eropah, singkatan "Ir." adalah untuk gelaran "Ingenieur". Bukankah istilah "Insinyur" berasal dari Bahasa Indonesia dan bermaksud sarjana keteknikan lulusan negara tersebut? 2. Seperkara lagi, apakah sebutan yang betul untuk singkatan "Ir."? Apakah ianya disebut dengan nama penuh "Ingenieur/Insinyur" atau I R (disebut dengan dua huruf ini sahaja) kerana dalam sesetengah majlis rasmi ada pengacara majlis menyebutnya dengan sebutan I R sahaja. Dalam masa yang sama, singkatan "Dr." tidak pula disebut D R tetapi dengan nama penuh "Doktor".Dalam Kamus Dewan, ejaan "Ir" dilabelkan sebagai bahasa Indonesia dan kependekan bagi Insinyur. Sedikit maklumat yang kami peroleh, mengikut amalan di negara kita gelaran "Ir" d iberikan kepada jurutera bertauliah yang telah lulus ujian kelayakan profesional. Gelaran tersebut disebut mengikut ejaan huruf yang diwakili, iaitu Ir (I.R) sama seperti Ar (A.R) bagi Arkitek, berbeza dengan amalan di negara jiran kita yang menyebut dengan ejaan penuh Insiyur. Untuk amklumat lanjut, tuan boleh menghubungi pihak Lembaga Jurutera Malaysia, pihak yang berwenang dalam hal berkenaan.Penyemakan dan penterjemahan18.10.2015
Muhamad Azmir Nazir Jun 1st, 8:51am Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian ke atas dua perkataan yang berbeza iaitu Juruteknik dan Juruteknologi. Adakah dua-duanya mempunyai maksud yang sama atau berlainan? Hal ini kerana, saya telah cuba mencari di laman web DBP, tetapi masih bingung kerana kedua-duanya bermaksud sama. Walau bagaimanapun, kata akar bagi kedua-duanya adalah berlainan iaitu: 1) Teknik - http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=teknik 2) Teknologi - http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=teknologi Dari segi fahaman saya, teknik adalah sesuatu pengetahuan dan teknologi itu adalah hasil daripada pengetahuan itu yang menjurus kepada pembuatan mesin atau aplikasi. Apabila kedua-dua perkataan ini digabungkan dengan tatanda awalan juru-: 1) Juruteknik: Seseorang yang mahir dalam sesuatu pengetahuan 2) Juruteknologi: Seseorang yang mahir dalam pengendalian sesuatu mesin atau aplikasi. Muhamad Azmir Nazir Jun 1st, 9:16am saya berharap pihak tuan/puan dapat menyelesaikan kesulitan saya. saya dahulukan dengan ucapan terima kasihKata akar teknik dan teknologi membawa maksud yang berbeza, namun mungkin ada persamaan dalam hal yang tertentu. Dalam hal perjawatan istilah juruteknik digunakan bagi merujuk pakar dalam hal teknikal, manakala kepakaran dalam bidang teknologi menjurus terus kepada bidang tertentu. Tidak lazim digunakan istilah juruteknologi, sebaliknya pakar dalam bidang perubatan disebut doctor, pakar dalam bidang seni bina disebut arkitek dan pakar dalam bidang sains disebut ahli sains/saintis.Istilah01.06.2015

Kembali ke atas