Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.ma.da] | ارمادا

Definisi : 1. angkatan laut yg terdiri drpd kapal-kapal perang; 2. kapal-kapal dagang (dr sesuatu negara). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ar.ma.da] | ارمادا

Definisi : angkatan laut; pasukan kapal perang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata armada


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terima kasih di atas cadangan nama 'Armada Buana' dan 'Armada Betara Kala'. Sepertimana yang telah saya maklumkan tadi pihak syarikat kami bercadang menamakan kapal baru itu bermula dengan huruf "P" sepertimana kapal FPSO awal kami 'Perkasa' maka nama kapal kedua yang bakal siap ini akan juga dinamakan bermula dengan huruf "P". Kalau boleh, nama itu hendaklah nama yang simple dan senang disebut dan diingat lebih-lebih lagi pelangan kami adalah terdiri dikalangan orang asing. Terima kasih.Cadangan lain ialah Pawana Buana. Pawana ialah angin atau bayu; atau Perwira Buana; atau Peterana Buana. Peterana ialah tempat duduk raja. Lain-lain26.02.2008
Tuan/Puan yang dihormati, Syarikat kami telah memiliki sebuah kapal FPSO yg terbesar di rantau Asia yang bernama "ARMADA PERKASA". Pihak syarikat kami bercadang membina sebuah lagi kapal FPSO atas permintaan yang baik di rantau Asia untuk perkhidmatan itu. Pihak syarikat ingin menamakan kapal yang memiliki ciri-ciri berikut: 1) Di dahulukan dengan “Armada” 2) Nama dalam Bahasa Melayu 3) Sejajar dengan nama “Perkasa”, bermula dengan huruf “P” 4) “Perkasa” bermaksud gagah berani dan nama baru hendaklah bercirikan sepertimana nama tersebut supaya senang diingat, dikenali dan bakal mencipta nama di arena/persada marin baik di rantau Asia mahupun bakal gah di dunia. Jasa baik tuan/puan teramat kami hargai. Sekian. Terima kasihCadangan : 'Armada Buana'. Buana bermaksud dunia, jagat, bumi. Atau 'Armada Betara Kala'. Nama pahlawan agung mitos Sannskrit.Lain-lain26.02.2008
1. Assalamualaikum Encik/Puan. Boleh terangkan tatacara penggunaan huruf besar untuk perkataan 'pangkalan' dan 'armada' untuk ayat dalam contoh berikut. 2. Contoh " Kapal seterusnya terlibat dengan beberapa ceramah dan latihan yang dianjurkan oleh pangkalan dan armada". 3. Adakah perlu ditulis dalam huruf besar atau kecil?Wassalam,

Perkataan tersebut merupakan kata nama am dan perlu ditulis dengan huruf kecil.
Ejaan02.02.2018
Apakah perkataan bahasa melayu bagi "fleet" sepertimana di guna dalam ayat "your complete fleet requirement"Untuk makluman, terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk "fleet", iaitu kumpulan, armada dan pengangkutan. Tuan boleh memilih istilah yang bersesuaian dengan konteks dan konsep yang diberikan.Istilah22.03.2013
Salam sejahtera, Adakah "Fleet Solutions" dan "Fleet Services" boleh diterjemahkan sebagai "Penyelesaian Kumpulan" serta "Perkhidmatan Kumpulan"? Jika tidak, sila berikan cadangan anda. Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih.Untuk makluman, terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk "fleet", iaitu kumpulan, armada dan pengangkutan. Terjemahan yang sesuai bagi Fleet Solution ialah Penyelesaian Kumpulan manakala Fleet Services pula ialah Perkhidmatan Kumpulan.Makna27.04.2018

Kembali ke atas