Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.ma.di.lo] | ارماديلو

Definisi : sj binatang kecil drpd famili Dasy­podidae yg bersisik tebal, mengorek tanah dan menggulingkan badannya spt bola apabila diserang, biasanya terdapat di bahagian tengah dan selatan benua Amerika. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata armadilo


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARMADILO

Armadilo adalah mana-mana satu daripada

beberapa mamalia kecil di Amerika yang

mempunyai plat bertulang pada kulit sebelah atas

badannya. Armadilo biasanya memakan serangga,

cacing tanah, labah-labah dan siput. Armadilo

didapati terutamanya di Amerika Tengah dan

Amerika Selatan. Haiwan ini mempunyai cakar

yang kuat, yang digunakannya untuk mengorek

terowong dan lubang dalam tanah. Ia

menggunakan lidahnya yang panjang untuk

menjilat serangga. Oleh sebab armadilo hanya

mempunyai gigi kecil yang terletak jauh ke dalam

mulutnya, ia tidak boleh menggigit untuk

mempertahankan dirinya.

UMUM 
TENGGULUNG

Tenggulung ialah nama bagi beberapa spesies

haiwan yang menyerupai tenggiling dan armadilo.

Tenggulung hidup di tenggara Asia, Indonesia dan

beberapa bahagian Afrika di selatan Sahara. Seperti

tenggiling, tenggulung tidak bergigi, dan

mempunyai muncung yang panjang, sempit, ekor

yang panjang dan lidah yang melekit, bak tali yang

boleh dijulurkan jauh untuk menangkap semut untuk

dimakan. Tenggulung mempunyai kulit luar bersisik

yang bertindihan, bukan bulu kasar seperti pada

tenggiling. Sisik ini mempunyai pelbagai warna

perang.

UMUM 

Kembali ke atas