Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata armenia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARMENIA

Armenia ialah negara yang terletak di kawasan

Pergunungan Caucasus. Negara ini mencapai

kemerdekaan pada tahun 1991 selepas hampir 70

tahun berada di bawah pemerintahan Kesatuan

Soviet. Armenia ialah anggota Komanwel Negara-

negara Merdeka yang merupakan sebuah

pertubuhan longgar bekas negara republik Soviet.

UMUM 
YEREVAN

Yerevan (pend. 1 114 000) ialah bandar raya

terbesar dan ibu negara Armenia. Nama bandar

ini juga dieja sebagai Erevan. Yerevan terletak di

Sungai Razdan.

UMUM 
MICHAELMAS

Michaelmas ialah perayaan yang diadakan pada

29 September di gereja Roman Katolik dan Gereja

England, dan pada 8 November di gereja Greek,

Armenia dan Koptik. Perayaan ini adalah sebagai

memperingati Saint Michael yang digelar

‘archangel’. Michaelmas berkemungkinan berasal

daripada Empayar Rom pada tahun 400-an M.

Perayaan itu penting pada Zaman Pertengahan

apabila Saint Michael menjadi ketua kesateria dan

salah seorang ketua santo Gereja Roman Katolik.

Di Great Britain, Michaelmas ialah satu istilah

akademik yang digunakan di Universiti Oxford dan

Cambridge.

UMUM 
ORANG KURDISTAN

Orang Kurdistan ialah kaum yang mendiami

kawasan pergunungan di barat daya Asia. Tanah air

mereka tersebar luas merangkumi sebahagian

daripada kawasan di Armenia, Iran, Iraq, Syria, dan

Turki. Bilangan orang Kurdistan di kawasan ini

tidak dapat dipastikan, tetapi dianggarkan

berjumlah kira-kira 20 juta orang. Sebahagian

besar orang Kurdistan ialah pengikut Sunni.

Mereka bertutur bahasa Kurdistan, iaitu sejenis

bahasa Indo-Eropah yang berkait rapat dengan

bahasa Parsi.

UMUM 
ARARAT

Ararat ialah tempat bahtera Noah mendarat

selepas Deluge mengikut Bible. Dalam Bible, kisah

ini dijelaskan dalam Genesis 6-8. Ararat adalah

kawasan yang dikelilingi Tasik van di Armenia

purba, kini bahagian Turki. Ramai orang percaya

bahtera Noah berada di Gunung Massis, gunung

tertinggi di Ararat, kini dikenali Gunung Ararat.

Walau bagaimanapun, terjemahan dalam bahasa

Aramaik dan Syriac menjelaskan bahtera ini

mendarat di gunung di Kurdistan yang terletak di

tenggara Tasik Van.

Kawasan Ararat dinyatakan dalam II Kings 19:37

dan Isiah 37:38. Laluan ini digunakan oleh anakanak

raja Assyria Sennacheris yang melarikan diri

ke Ararat selepas membunuh ayah mereka.

UMUM 
KOMANWEL NEGARA-NEGARA MERDEKA

Komanwel Negara-negara Merdeka ialah

pertubuhan negara-negara bebas yang dahulunya

merupakan republik Kesatuan Soviet. Negara

anggotanya terdiri daripada Armenia, Azerbaijan,

Belarus, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Moldova,

Rusia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan

Uzbekistan. Ibu pejabat komanwel ini ialah Minsk,

di Belarus.

UMUM 

Kembali ke atas