Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. military land forces of a country, angkatan tentera darat: standing ~, angkatan tentera darat tetap; ~ rations, rangsum angkatan tentera darat; be in the ~, berkhidmat dlm angkatan tentera, menjadi askar; join the ~, memasuki angkatan tentera; 2. organized body trained and equipped for fighting, tentera; 3. organized body united for specif purpose, angkatan: the Salvation A~, Angkatan Takhlisan; 4. a large number, kumpulan besar: an ~ of factory workers, sekumpulan besar pekerja kilang; an ~ of ants, sekumpulan besar semut. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata army


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan yang paling sesuai untuk “Salvation Army” dalam bahasa Melayu? Sama ada Angkatan Takhlisan atau Bala Keselamatan? Contoh konteks ayat “AND WHEREAS the said Religious Society or Organisation has since been and is now known as The Salvation Army and the General Superintendent thereof has since been and is now known as The General of the Salvation Army:”. Mohon pandangan tuan/puan.Padanan bahasa Melayu bagi istilah Salvation Army ialah Angkatan Takhlisan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah01.11.2023
Salam sejahtera, Adakah "Terracota Army" sesuai diterjemahkan kepada "Tentera Terracota" atau dikekalkan dalam bahasa Inggeris? Mohon bantuan pihak tuan/puan. Terima kasih.Perlu diterjemahkan kepada Tentera Terracotta.Makna15.06.2019
Salam tuan/puan, Soalan saya berkenaan penggunaan perkataan condong. Adakah Malayan People's Anti Japanese Army, Malayan Union, Force 136 perlu dicondongkan (italic)? Setahu saya tidak perlu tapi ada sesetengah buku termasuk buku DBP tidak standard penggunaan "italic" ini. Mohon pencerahan. Terima kasih.Huruf condong digunakan untuk menunjukkan terdapat sesuatu yang berlainan atau istimewa tentang perkataan atau frasa yang berkenaan. Antara yang perlu dicondongkan ialah judul karya seni dan penerbitan, nama Sains, karya undang-undang, kata atau ayat dalam bahasa asing, singkatan judul katalog karya yang diterbitkan, kenyataan sambungan bahan penulisan, nama khas objek khusus dan arahan pentas atau drama.

Jika dilihat kepada apa yang tuan/puan berikan, perkataan-perkataan tersebut perlu dicondongkan kerana menggunakan bahasa Inggeris.

Untuk lebih jelas, mohon rujuk Buku Tatabahasa Dewan, halaman 83.
Tatabahasa23.03.2017
Adakah betul untuk menggunakkan ungkapan capai hati? Terima kasihUngkapan capai hati tidak terdapat dalam data kami.

Dalam Kamus Dewan, capai bermaksud ; mencapai 1. hendak memegang atau mengambil (dengan menghulurkan tangan dll); 2. bertemu dengan, sampai ke: Jerman berusaha menghalang bahan-bahan perbekalan dan alat-alat perang ~ Army ke-5; ia bernasib baik dapat meneruskan pelajarannya sehingga ~ tingkatan lima; 3. mendekati, me­mikat (hati dll): dengan bahasa Belanda, kami tidak lekas ~ jiwa manusia yang bersahaja itu, tetapi dengan bahasa Melayu lancar sekali; 4. menjayakan (harapan, rancangan, tujuan, dll), menghasilkan, menjadikan kenyataan (se­suatu matlamat dll): ia terpaksa memberanikan hatinya untuk ~ cita-cita itu; 5. mendapat (memperoleh, menghasilkan) sesuatu me­nerusi usaha: bagi ~ pengeluaran yang sebanyak itu, kita harus melipatgandakan bilangan buruh.
Tatabahasa16.09.2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan bantuan cadangan terjemahan daripada pihak DBP untuk istilah "project stargate" ke dalam bahasa Melayu. Adakah sesuai jika saya menterjemahkannya menjadi "projek pagar angkasa" atau "projek pagar cakerawala"? Berikut saya lampirkan definisi bagi istilah "project stargate" sebagai rujukan pihak DBP: "Stargate Project was a secret U.S. Army unit established in 1978 at Fort Meade, Maryland, by the Defense Intelligence Agency (DIA) and SRI International (a California contractor) to investigate the potential for psychic phenomena in military and domestic intelligence applications."Padanan bahasa Melayu bagi istilah Stargate Project ialah Projek Stargate. Padanan ini berdasarkan ciri semantik istilah Stargate itu sendiri yang merupakan kata nama khas. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah16.02.2023

Kembali ke atas