Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.nab] | ارنب

Definisi : sj binatang mengerip yg menyerupai kucing tetapi lebih panjang telinganya, kelinci, kucing belanda, Oryctolagus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ar.nab] | ارنب

Definisi : nama sj binatang pengunggis yg suka memakan sayur-sayuran; kucing belanda, Lepus cuniculus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arnab


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan : si Ahmad atau Si Ahmad? jawapan dalam khidmat nasihat DBP berbeza pada 21.01.2015 dan pada 09.01.2014 Soalan : si arnab atau Si Arnab atau si Arnab? Soalan : si pencuri atau Si Pencuri atau si PencuriJawapan yang betul ialah:

1. si arnab/si pencuri (pada pertengahan ayat)
2. Si Arnab/Si Pencuri (untuk tajuk atau kata nama khas)

Tatabahasa26.01.2024
Salam, saya ingin bertanya mengenai penggunaan koma. Arnab tengok aku! Arnab, tengok aku! Pada ayat diatas, adakah koma perlu digunakan sekiranya ia bertujuan untuk penulisan sarikata rancangan telivisyen?Cadangan penulisan yang betul ialah "Arnab, tengok aku!"Lain-lain14.01.2022
a) Sin Ling membuat tanglung ikan. b) Sin Ling membuat tanglung arnab. 1. Sin Ling membuat tanglung ikan dan arnab. 2. Sin Ling membuat tanglung ikan dan tanglung arnab. Jawapan 1 dan 2 di atas, yang mana betul? minta encik/puan beri pencerahan. terima kasih.Ayat yang betul ialah “Sin Ling membuat tanglung ikan dan tanglung arnab”. Dalam contoh ayat yang diberikan, perkataan tanglung perlu diulang kerana merujuk jenis tanglung yang berbeza.Tatabahasa06.10.2022
Ayat manakah yang betul? 1. Cikgu Loo memberikan penerangan tentang kehidupan dan habitat arnab kepada murid-muridnya. 2 Cikgu Loo memberikan penerangan kepada murid-muridnya tentang kehidupan dan habitat arnab.Kedua-dua ayat betul.Tatabahasa21.02.2012
Salam. Saya ingin mengetahui perkataan yang sesuai untuk memberi makan haiwan . Contohnya "memberi makanan untuk arnab' , 'memberi makanan kepada' atau 'memberi makan' sahaja.Salam,

Untuk makluman, perkataan yang sesuai untuk memberi makan haiwan, ialah memberi makanan kepada arnab.
Tatabahasa13.07.2015
Tolong semak tatabahasa di bawah: "Ini saja cara untuk buat si arnab kaya itu keluar daripada / dari lubangnya." Lubang yang dimaksudkan ialah sesuatu yang abstrak. Dari atau daripada yang lebih sesuai?Ayat yang betul ialah "Ini sahaja cara supaya Si Arnab kaya itu keluar dari lubangnya." Kata sendi nama yang sesuai ialah "dari". Tatabahasa06.04.2022
Adakah peristilahan melayu membezakan rabbit dan hare (mungkin rabbit itu arnab dan hare itu kelinci) sepertimana katak yakni frog dibezakan dengan kodok yakni toad atau rama - rama yakni moth dibezakan dengan kupu-kupu yakni butterfly? Selain itu, adakah bahasa melayu membezakan antara crocodile dan alligator? (saya tahu crocodile itu buaya, mungkin alligator mempunyai nama lain dalam bahasa melayu standard atau dialek atau bahasa rumpun yang lain).Rabbit diberikan padanan arnab, iaitu nama sejenis binatang pengunggis, suka memakan sayuran;  Lepus cuniculus. Hare pula diberikan padanan kelinci, iaitu sejenis binatang yang mengunggis, sejenis arnab, nama saintifiknya Oryctolagus cuniculusCrocodile diberikan padanan buaya, iaitu daripada   subkeluarga Crocodylinae. Alligator dalam bahasa Melayu diberikan padanan alligator, iaitu daripada keluarga Alligatoridae. Sila buat kajian lanjut jika anda berminat. Istilah20.10.2018
Salam. 1. Tempat tinggal untuk ayam digelar reban, Tempat tinggal untuk arnab digelar sebagai reban atau kandang? ATAU kedua-dua perkataan (kandang, reban) boleh digunakan. Terima kasih.Waalaikumsalam. Kedua-dua perkataan (kandang, reban) boleh digunakan.Tatabahasa19.05.2015
Bolehkan kata ganti diri manusia digunakan di dalam dialog antara binatang-binatang. Contoh: "Esok kita berlumba dari sini, sehingga ke pokok hujung sana," kata Kura-Kura kepada Arnab. Jika tidak boleh, sila betulkan ayat ini. Terima kasih.Penggunaan kata ganti nama diri manusia bagi binatang dibenarkan dalam karya kreatif, khususnya dalam penceritaan karakter binatang bersifat seperti manusia dan melakukan aktiviti manusia. Contoh, "Esok kita berlumba dari sini sehingga pokok hujung sana," kata kura-kura kepada arnab. Namun, dalam penulisan ilmiah kata ganti nama diri manusia tidak digunakan untuk binatang. Tatabahasa29.04.2021
Tuan, Adakah kata hubung perlu menggunakan huruf kecil jika digunakan sebagai sebahagian daripada tajuk sesebuah buku atau makalah lain? Contoh: Kisah Si Arnab dengan Kura-kura. Diari Ibu dan Anak Siapa yang Cantik? Terima kasih.Kata dengan serta dan dalam konteks ayat tersebut ialah kata sendi nama dan kata sendi nama yang menjadi sebahagian daripada tajuk ditulis dengan huruf kecil.Ejaan30.12.2013
12

Kembali ke atas