Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.nab] | ارنب

Definisi : sj binatang mengerip yg menyerupai kucing tetapi lebih panjang telinganya, kelinci, kucing belanda, Oryctolagus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ar.nab] | ارنب

Definisi : nama sj binatang pengunggis yg suka memakan sayur-sayuran; kucing belanda, Lepus cuniculus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arnab


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARNAB JACK

Arnab jack ialah satu daripada empat jenis arnab

besar yang ditemui di kawasan gurun dan prairi di

barat Amerika Utara. Empat jenis yang dimaksudkan

ialah arnab jack berekor hitam, arnab jack berekor

putih, arnab jack sebelah putih, dan arnab jack

antelop. Kesemua jenis arnab ini mempunyai kaki

belakang yang panjang, mata yang besar, dan

telinga yang panjang dan nipis. Arnab ini

mempunyai bulu berwarna kelabu kecoklatan dan

perut yang berwarna putih melepak. Arnab jack

jenis antelop adalah jenis arnab yang terbesar,

beratnya lebih kurang 3.5 kilogram. Arnab ini

membesar hampir 70 sentimeter panjangnya.

UMUM 
ARNAB

Arnab ialah haiwan kecil yang berbulu lembut,

bertelinga panjang dan mempunyai ekor pendek

yang gebu. Arnab tidak berjalan atau berlari

seperti haiwan berkaki empat yang lain. Arnab

bergerak dengan meloncat-loncat menggunakan

kaki belakang yang panjang dan lebih kuat

daripada kaki hadapan. Arnab juga menggunakan

kaki hadapan apabila bergerak. Haiwan ini

mengimbangi diri pada kaki hadapannya seperti

manusia mengimbangkan tangan apabila bermain

lompat katak. Apabila dikejar musuh, arnab boleh

meloncat sehingga 30 kilometer sejam. Ramai

kanak-kanak memelihara arnab sebagai haiwan

kesayangan dan banyak kedai menjual arnab jinak

yang dipelihara untuk dijadikan haiwan

kesayangan.

UMUM 
ANGORA

Angora ialah serat bulu yang dibuat daripada bulu

arnab Angora. Istilah ini kadang-kadang digunakan

bagi serat bulu yang dibuat daripada bulu kambing

Angora, tetapi serat bulu kambing tepat dinamakan

mohair.

UMUM 
MIKSOMATOSIS

Miksomatosis ialah virus penyakit yang telah

diperkenalkan di Australia oleh CSIRO (Organanisasi

Penyelidikan Saintifik dan Industri Komanwel) untuk

mengawal bilangan arnab Eropah.

UMUM 
ANJING BEAGLE

Anjing Beagle ialah anjing perburuan Inggeris

yang paling kecil. Anjing beagle mempunyai deria

bau yang kuat dan kadangkala digunakan untuk

memburu arnab. Kebanyakan anjing Beagle adalah

peka dan mudah mesra.

UMUM 
TAHAYUL

Tahayul ialah kepercayaan tradisi bahawa sesuatu

tindakan atau peristiwa boleh mengakibatkan atau

menjadi alamat bagi sesuatu peristiwa akan datang

yang tidak berkaitan. Sebagai contohnya, mereka

yang percaya kepada tahayul akan percaya bahawa

membawa kaki arnab akan membawa tuah. Ada pula

yang percaya bahawa jika seekor kucing hitam

melintasi laluan mereka, sesuatu musibah akan

menimpa. Ada juga yang percaya bahawa tetamu

akan tiba jika pisau atau garpu terjatuh ke lantai.

Kepercayaan begini merupakan tahayul kerana

setiap kali tindakan dan peristiwa yang diramalkan

akan berlaku mengikut adat lama, dianggap

berkaitan. Umpamanya kaki arnab dikaitkan dengan

kesuburan.

UMUM 
PIKA

Pika ialah sejenis haiwan kecil berbulu yang

tinggal di Asia, Eropah dan bahagian barat Amerika

Utara. Pika tergolong dalam kumpulan haiwan yang

sama seperti kelinci dan arnab, tetapi kelihatan

lebih mirip kepada tikus belanda.

UMUM 
AYE-AYE

Aye-aye ialah haiwan kecil bak tupai di

Madagascar. Ia tergolong dalam kumpulan yang

dinamakan lemur . Aye-aye berwarna perang, kira-

kira sebesar arnab. Ia mempunyai mata dan telinga

yang besar. Ia paling aktif pada waktu malam,

apabila ia memburu serangga untuk dimakan. Aye-

aye menggunakan jari ketiganya yang panjang dan

halus untuk mengeluarkan serangga pengorek dari

lubang di dalam batang pokok. Pada siang hari,

aye-aye bersembunyi di sarangnya daripada

ranting yang dibina dalam pokok di hutan. Aye-aye

adalah spesies yang terancam. Pertumbuhan

kampung memusnahkan hutan yang diperlukan

oleh haiwan ini untuk hidup. Kerajaan Madagascar

melarang pemburuan aye-aye, dan mewujudkan

beberapa hutan simpanan untuk melindungi

spesies ini.

Pengelasan saintifik. Aye-aye ialah ahli order Primat.

Ia membentuk familinya sendiri, Daubentoniidae

merupakan satu spesies Daubentonia madagascarienis .

UMUM 
TIKUS BULAN

Tikus bulan ialah nama bagi lima spesies

mamalia pemakan serangga dari China dan Asia

Tenggara. Tikus bulan, yang kadangkala dikenali

sebagai landak tanpa spina, mempunyai muncung

yang panjang dan ekor yang terbina dengan baik.

Bulunya kasar. Tikus bulan besar adalah spesies

yang terbesar, sebesar arnab. Ia biasanya berwarna

hitam dengan kepalanya berwarna keputihan dan

tanda mata hitam. Tikus bulan memakan serangga,

cacing, krustasea, moluska, ikan dan mamalia yang

lebih kecil.

Pengelasan saintifik. Tikus bulan termasuk dalam

order Insectivora, famili, Erinaceidae. Tikus bulan

terbesar ialah Echinosorex gymnurus .

UMUM 
PERUBATAN VETERINAR

Perubatan veterinar ialah cabang perubatan

yang menangani penyakit haiwan. Doktor haiwan

dikenali sebagai doktor veterinar . Khidmat mereka

terutamanya bernilai kerana banyak penyakit haiwan

boleh menjangkiti manusia. Penyakit demikian

dikenali sebagai zoonose . Ia termasuk rabies ,

bruselosis, tuberkulosis, psitakosis (demam nuri)

dan tularemia (demam arnab).

UMUM 
12

Kembali ke atas