Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aromatica


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
clove (Eugenia aromatica)cengkih (Eugenia aromatica)PertanianTiadaTiada
Dryobalanops aromaticakapur barusHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok dalam famili Dipterocarpaceae. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di hutan dipterokarpa tanah pamah dan bukit, kawasan cerun dan lereng bukit. Daunnya jenis ringkas, tersusun berselang dan mempunyai bau kapur. Bunganya kecil berwarna putih dan buahnya jenis kekeras bersayap. Kandungan kimianya ialah borneol, kamfena, kamfor, seskuiterpena dan terpenol. Serbuk kamfor, iaitu damar atau minyak kapur boleh digunakan sebagai ubat sapu pada bisul, sakit sendi, sakit kepala, batuk, lelah, bengkak, luka, kulit melecur, sakit hidung dan buasir. Damarnya dikunyah untuk merawat sakit kerongkong, ulser mulut, sakit hidung, masalah kencing dan mata kabur. Kapur barus juga boleh digunakan dalam pengurusan jenazah.
nutkekerasHerbaBotani dan BioteknologiBuah kering tidak bengang. Kekeras biasanya terbentuk daripada buah majmuk ovari sinkarpa. Buah ini biasanya mempunyai satu biji dan perikarpanya keras. Contohnya, buah kapur (Dryobalanops aromatica).
kapurkapurPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Dryobalanopsspp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung keladan, dan di Sarawak ialah kelansau. Spesies utama kayu kapur termasuk Dryobalanos aromatica, D. beccarii, D. lanceolata, dan D. rappa. Gubal kayu kapur berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya agak kasar dan sekata, dengan ira yang lurus dan agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 576 hingga 815 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras sederhana. Kayu ini kuat, mudah diproses dan dikeringkan, dan mempunyai ketahanan semula jadi yang sederhana. Kayu kapur digunakan untuk kerja binaan berat, tiang, rasuk, lantai kegunaan lasak, alas landasan kereta api, dan papan lapis.
Limnophila sp.Limnophila sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan herba akuatik dalam kategori tumbuhan timbul yang terdapat di kawasan lembap di Asia Tenggara, Afrika Timur dan Australia. Tumbuh-tumbuhan ini boleh hidup tenggelam di dalam air dan daun-daunnya tersusun secara putaran. Jenis-jenis Limnophila sp. ialah Limnophila aquatica, Limnophila aromatica, Limnophila hippuroides dan Limnophila sessiliflora.
resindamarHerbaBotani dan BioteknologiBahan berbentuk cecair likat yang dihasilkan oleh tumbuhan. Warnanya sama ada cerah atau keperang-perangan dan beraroma. Bahan ini merupakan agen pertahanan pokok daripada penyakit dan serangan serangga perosak. Damar biasanya keluar daripada batang pokok apabila terdapat luka akibat ditakik, merekah atau ditebuk oleh serangga. Bahan ini akan mengeras selepas terdedah kepada udara dan warnanya bertukar menjadi perang, kekuning-kuningan atau hitam. Damar digunakan sebagai bahan pelekat, penampal, dan menghasilkan aroma apabila dibakar dan minyak pati. Contoh pokok yang mengeluarkan damar ialah kemenyan (Styrax benzoin), kapur (Dryobalanops aromatica) dan keruing (Dipterocarpus sp.).

Kembali ke atas