Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arthur


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Arthurian legendlegenda ArthurKesusasteraanTiadaCereka zaman pertengahan dalam bentuk prosa atau rangkap yang mengisahkan tentang percintaan dan kepahlawanan King Arthur.
Kornberg enzymeenzim KornbergBiologiGenetikEnzim DNA polimerase I E coli. yang mula-mula dipencilkan oleh Arthur Kornberg.
NielsenNielsenKomunikasiKorporatNama individu yang menerajui aktiviti penyelidikan khalayak media dan pemasaran. Nama sebenar beliau ialah Arthur Nielsen yang berasal dari Amerika Syarikat. Dalam bidang media, beliau berjaya mengukuhkan sistem pengesanan khalayak media, terutamanya media elektronik yang menjadi panduan utama kepada pengiklan untuk meletakkan kedudukan iklan di ruang siaran. Apabila sistem televisyen digital diperkenalkan, Nielsen telah mengekodkan program televisyen dengan kod pendengaran yang tidak dapat dikesan oleh telinga manusia. Beliau telah menggunakan kaedah meter Active/Passive (A/P) untuk mengenal pasti program televisyen dengan kod audio yang jelas dan nyata.
ecstasykeghairahanKesusasteraanTiadaKeasyikan puitis yang dipenuhi dengan khayalan. Istilah ini amat penting dalam kajian fiksyen fantasi dan ghaib. Arthur Machen dalam Hieroglyphics menyamakan keadaan keasyikan ini dengan seorang pembaca yang dirasuk oleh keasyikan puitis, dan pembaca itu mengalami emosi yang kompleks seperti ketakjuban, kekaguman, dan keinginan kepada sesuatu yang penuh rahsia dan tidak diketahui. Emosi yang dialami ini diasosiasikan dengn realiti yang lebih mendalam dan terpendam. Kesan emosi ini penting untuk menghasilkan karya bercorak fantasi.
Balfour DeclarationDeklarasi BalfourSains PolitikHubungan AntarabangsaPerisytiharan sokongan Britain terhadap pembentukan negara Yahudi di Palestin. Deklarasi ini mengambil sempena nama Menteri Luar Britain, Arthur James Balfour yang mengutuskan surat sokongan kepada ketua persekutuan zionis Inggeris, Lord Rothchild pada 2 November 1917. Pernyataan sokongan ini menjadi dasar politik gerakan zionisme. Berikutan deklarasi ini, PBB bersetuju membahagikan Palestin kepada dua bahagian, iaitu satu bahagian untuk Yahudi dan sebahagian lain untuk Arab Palestin. Pada 14 Mei 1948, mandat Britain ke atas Palestin berakhir dan pada masa yang sama Israel mengisytiharkan pembentukan negara untuk orang Yahudi di Palestin.
guild socialismfaham sosialis perikatanSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang berkembang di Great Britain yang mencadangkan satu sistem perusahaan sendiri melalui syarikat pekerja. Teori ini diperkenalkan oleh Arthur J. Penty yang mementingkan semangat kerjasama di kalangan pekerja. Melalui fahaman ini, pekerja merupakan golongan yang paling layak mengurus dan memiliki perusahaan tersebut melalui syarikat yang dibentuk. Fungsi pemerintah pula hanya memiliki alat pengeluaran atau kilang dan mentadbir pengurusannya tetapi keuntungan dimiliki oleh syarikat pekerja tersebut. Walau bagaimanapun, syarikat pekerja ini perlu membayar cukai kepada kerajaan. Fahaman ini membidas idea Marx dengan menekankan bahawa pekerja perlu berusaha untuk menguasai perusahaan dan bukan tertumpu kepada reformasi politik . Faham sosialis pernah dilaksanakan pada awal abad ke-20 tetapi tidak dapat bertahan lama. Walaupun begitu, fahaman ini kuat mempengaruhi perkembangan kesatuan sekerja di United Kingdom. Sinonim sosialisme perikatan.
Guedel oropharyngeal airwaysalur udara orofarinks GuedelPerubatanTiadaAlat yang diperbuat daripada getah atau plastik yang terdiri daripada pelbagai saiz. Alat ini dimasukkan ke dalam mulut hingga ke farinks untuk menghalang obstruksi pernafasan, mengelak gigitan ke atas tiub endotrakea, menyokong tiub endotrakea dan memudahkan sedutan sekresi. Salur udara ini biasanya digunakan semasa pembiusan umum dan terhadap pesakit yang koma. Alat ini telah diperkenalkan oleh Arthur Ernest Guedel (1883 -1956).
Compton scatteringpenyerakan ComptonTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikFenomena yang terjadi hasil daripada tindak balas antara foton sinar gama atau sinar-X bertenaga tinggi dengan elektron pada orbit yang paling luar. Tindak balas ini menyebabkan elektron tersebut terpantul keluar dari orbitnya. Tenaga foton menjadi berkurangan menyebabkan sinar tersebut bertenaga rendah. Penyerakan Compton ini ditemui oleh Arthur Holly Compton.
historical playdrama sejarahKesusasteraanTiadaDrama berdasarkan sejarah atau sebarang peristiwa yang diterima oleh sesebuah masyarakat sebagai sejarah. Contohnya, drama mitos dan legenda. Secara amalannya, drama sejarah dikhususkan kepada karya yang mempersembahkan sejarah sekular dan menangani isu yang lebih luas daripada nasib seorang protagonis. Drama sejarah memberikan tumpuan kepada pemerintahan, iaitu mengaitkan peristiwa masa silam dengan masa kini untuk tujuan didaktik. Pencapaian cemerlang dalam drama ini melalui karya Shakespeare seperti Richard II, Henry V, Julius Caesar dan Antony and Cleopatra. Antara dramatis pada abad ke-20 yang memanfaatkan genre ini ialah Arthur Miller melalui karyanya The Crucible, 1953 dan Robert Bolt dengan karyanya berjudul A Man for All Seasons, 1960.
science fictionfiksyen sainsKesusasteraanTiadaFiksyen khayalan atau fantasi yang mengambil fakta sains, andaian atau hipotesis sebagai dasar cerita. Dalam fiksyen sains, prinsip asas sains yang mendasari alam semesta dipatuhi secara konsisten, walaupun sesetengah daripada fenomena sains yang dipaparkan masih belum ditemui atau belum wujud. Peraturan dan norma yang dipatuhi dalam dunia fantasi fiksyen sains adalah luas, dan tidak semestinya berpandukan pengalaman biasa. Namun, apa yang terjadi dalam penulisan fiksyen sains mestilah mengekalkan prinsip dasar sains. Contohnya, karya Robot karya Asimov dan A Space Odyssey oleh Arthur C, Clarke. Dalam sastera Melayu, contoh fiksyen sains ialah novel Dendam Siber oleh Ahmad Patria Abdullah. Lihat juga fiksyen, fiksyen antisains.
12

Kembali ke atas