Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.ti.fak] | ارتيفک

Definisi : barang-barang buatan manusia (ter­utama­nya alat perkakas, senjata) yg merupa­kan peninggalan sesuatu zaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ar.ti.fak] | ارتيفک

Definisi : barang-barang buatan manusia, terutamanya alat perkakas dan senjata, yg merupakan peninggalan sesuatu zaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata artifak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
artifact relationshipshubungan artifakArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiData arkeologi yang melibatkan hubungan artifak dengan persekitarannya. Kaitan antara artifak dapat dibahagikan kepada 4 jenis, iaitu kedudukan artifak sama ada dalam keadaan himpunan atau tunggal, hubungan pelbagai artifak yang berbeza, artifak dalam konteks lingkungan dan dalam konteks spiritual. Data artifak ini dapat memperjelas sama ada budaya berkembang secara sendiri atau dipengaruhi budaya luar, terlibat dalam perdagangan dan mempunyai unsur pemikiran terhadap kehidupan selepas mati.
stylistic seriationpenderetan stilistikArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPengamatan secara kualitatif dalam arkeologi, iaitu dengan menyusun artifak dalam tempoh tertentu (zaman) berdasarkan persamaan ciri gaya. Penderetan ini dilakukan dengan mengklasifikasikan artifak berdasarkan bentuk dan gaya untuk membezakan ciri setiap artifak. Artifak tertentu pada satu zaman disusun berdasarkan perbezaan dan persamaan terdekat antara satu sama lain yang sesuai dijadikan asas pentarikhan relatif. Contohnya, bentuk tembikar, alatan batu dan seni arca.
artifactual stratigraphystratigrafi artifakArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKedudukan artifak yang ditemui pada lapisan tanah dalam petak ekskavasi. Kedudukan ini dapat diketahui dengan mengambil ukuran kedudukan artifak dan dilukis secara keratan rentas. Melalui lukisan ini, taburan artifak, kekerapan penggunaan sesuatu artifak, kontekstual antara artifak dan kronologi perkembangan teknologi serta hubungan budaya dapat di kenal pasti.
artifactual classificationklasifikasi artifakArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiProses mengelaskan artifak yang diperoleh sama ada melalui gali cari, jumpaan tidak sengaja, survei dan simpanan individu. Pengelasan ini melibatkan jenis dan bahagian artifak yang sama. Pengelasan artifak melalui kaedah jumpaan gali cari direkodkan berdasarkan kedalaman dan kedudukannya sementara pengelasan artifak melalui kaedah survei direkodkan berdasarkan jumlah dan jenis. Tujuan pengelasan ini adalah untuk memudahkan analisis corak, teknologi pembuatan, merekonstruksi artifak yang telah pecah dan menentukan zaman penggunaan artifak tersebut.
artifact typesjenis artifakArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKategori artifak yang dipisahkan berdasarkan penjenisan yang melibatkan bahan, bentuk, kegunaan dan saiz ukuran. Bahan artifak dapat dijadikan asas untuk membezakan artifak pada zaman tertentu seperti alat batu pada Zaman Hoabinh dan Zaman Neolitik. Bentuk artifak seperti tembikar bermulut lebar digunakan untuk kegunaan harian berbanding bermulut kecil yang digunakan untuk tujuan penyimpanan (termasuk bentuk badannya), manakala saiz ukuran pula dapat dilihat pada penggunaan beliung berbahu kecil untuk tujuan menarah berbanding dengan kapak batu untuk tugas berat.
terminus post quemterminus post quemArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPengamatan terhadap kedudukan artifak dan stratigrafi tanah. Pengamatan ini berhubung dengan penentuan kedudukan dan lapisan budaya artifak. Siranya artifak berada di bawah lapisan lantai tanah, ia tidak mungkin berada pada lapisan budaya setelah pembentukan lantai tersebut. Keadaan ini dikenal sebagai terminus pos quem. Sebaliknya, jika artifak berada pada lapisan stratigrafi, keadaan ini dikenali sebagai terminus ante quem. Contohnya di tapak A ditemui tembikar C yang berada pada lapisan III dan pada waktu yang sama tembikar C dijumpai juga pada lapisan II di tapak B. Maka tembikar C merupakan terminus post quem. Keadaan tembikar sebaliknya, dikenali dengan terminus ante quem.
find sheethelaian carianArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiMaklumat yang terkandung pada helaian kertas berhubung data arkeologi yang ditemui di dalam petak gali cari. Helaian ini mengandungi data nama petak, ukur jumpaan artifak, kedudukan artifak, lakaran petak dan artifak, keadaan tanah dan tarikh dilaporkan. Helaian ini menjadi bukti sokongan terhadap analisis sekiranya artifak yang sebenar didapati hilang dan sebagai data perbandingan semasa membuat laporan. Maklumat yang dicatatkan dalam helaian carian ini perlu disahkan oleh pengarah lapangan atau penyelia petak.
artifack dispersalsebaran artifakArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTaburan artifak dalam kawasan penyelidikan eskavasi. Taburan ini melibatkan kedudukan artifak pada lapisan stratigrafi tanah, taburan kepelbagaian jenis sama ada asemblaj atau asosiasi dan taburan artifak yang sama antara dua tapak ekskavasi yang berbeza. Analisis terhadap taburan ini melibatkan proses asimilasi, perdagangan dan pertukaran idea sama ada wujud secara statik atau dinamik atau telah berinteraksi dalam dunia luar. Contohnya, taburan tembikar berkaki tiga di Semenanjung Malaysia sama dengan taburan artifak yang dijumpai di Ban Kao, Thailand yang dikaitkan dengan perdagangan dan pertukaran idea.
flake scarkesan repihanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSerpihan pada mata dan permukaan artifak batu akibat penggunaan artifak tersebut. Kesan serpihan juga berlaku pada sisa batuan yang terhasil daripada batu inti semasa pembuatan artifak tersebut. Kesan serpihan pada sisa batuan ini mempunyai tanda campur (+) sementara pada batu inti bertanda tolak (-) .
ArtifactartifakTeknologi MaklumatTiadaHerotan dalam isyarat video atau audio. Artifak adalah perkara yang tidak dikehendaki dalam imej video. Suatu data yang tidak dikehendaki, tidak mempunyai makna yang terhasil daripada operasi pemprosesan. Contoh artifak ialah herotan visual atau suara yang terhasil akibat penggunaan perisian pemampatan hilang. Artifak juga boleh disebabkan oleh kegagalan perkakasan.
12345678910...

Kembali ke atas