Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : daerah Kutub Utara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata artik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARTIK

Artik ialah kawasan sejuk yang berterusan di

sekitar Kutub Utara. Ia termasuk Lautan Artik,

beribu-ribu pulau dan bahagian utara benua

Eropah, Asia dan Amerika Utara. Manusia telah lama

percaya bahawa Artik adalah kawasan sejuk, tandus

tempat manusia tidak dapat hidup. Tetapi penjelajah

dan ahli sains mendapati bahawa, kecuali

Greenland, sembilan per sepuluh daripada kesemua

kawasan Artik tidak mempunyai salji dan ais pada

musim panas. Beri, sayur-sayuran dan bunga

tumbuh di beberapa tempat. Matahari tidak

menyinari di kebanyakan kawasan Artik pada musim

sejuk. Tetapi matahari menyinari keseluruhan

kawasan Artik, sekurang-kurangnya sebahagian

waktu siang, dari bulan Mac hingga September.

UMUM 
TERN ARTIK

Tern Artik , ialah burung laut yang sering

dinamakan juara penghijrahan di dunia. Ia

berhijrah lebih jauh daripada burung-burung lain.

Burung ini panjangnya lebih kurang 45 sentimeter,

berbulu kelabu kebiruan, hitam dan putih, berkaki

dan bermuncung berwarna merah. Tern artik

membiak di Artik dan di sepanjang pantai utara

Lautan Atlantik dan Pasifik. Pada akhir bulan Ogos,

burung ini dan anaknya memulakan perjalanan

jauh ke pesisir Antartika dan pulau-pulau yang

berdekatan. Kemudian, ia terbang ke utara sekali

lagi dan tiba di Artik kira-kira pada pertengahan

bulan Jun.

Pengelasan saintifik. Tern artik tergolong dalam

famili burung camar dan tern, iaitu Laridae. Ia adalah

Sterna paradisaea .

Lihat juga Tern.

UMUM 
LAUTAN ARTIK UMUM 
BULATAN ARTIK

Bulatan Artik ialah garisan bayangan yang

merentasi bahagian utara Kanada, Alaska, Rusia

dan Scandinavia.

UMUM 
MURMANSK

Murmansk (pend. 412 000), pelabuhan utama

Rusia di Lautan Artik. Ia merupakan bandar

terbesar di utara Bulatan Artik. Arus Telukan yang

panas menyebabkan pelabuhan ini tidak dilitupi ais

sepanjang tahun. Murmansk terletak di kawasan

tanah rata, kawasan tiada berpokok di bahagian

utara Semenanjung Kola. Ia bersempadan dengan

Serokan Kola, cabang Lautan Artik. Untuk lokasi,

lihat Rusia, (peta politik).

UMUM 
RUBAH ARTIK

Rubah Artik ialah rubah kecil yang tinggal di

kawasan yang gersang, tidak berpokok di sekitar

Lautan Artik dan di pulau-pulau di Lautan Artik.

UMUMUmum
PHALAROPE

Phalarope ialah burung kecil bak burung kedidi

yang membiak di Hemisfera Utara dan

menghabiskan musim sejuk di Hemisfera Selatan.

Phalarope kelabu dan phalarope leher merah

membiak di kawasan Artik dan sub-Artik. Burung

ini menghabiskan musim sejuk di laut lepas di

Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik.

UMUM 
SVALBARD

Svalbard ialah gugusan pulau di Lautan Artik

yang terletak di tengah-tengah perjalanan di antara

Norway dan Kutub Utara. Pulau-pulau ini

kepunyaan Norway dan Svalbard ialah namanya

dalam bahasa Norway. Kadangkala ia dikenali

dengan nama Jermannya, iaitu Spitsbergen.

Svalbard mempunyai lima pulau besar dan banyak

pulau kecil. Pulau-pulau utama dari segi saiz, ialah

Spitsbergen, North East Land, Pulau Edge, Pulau

Barents, dan Prince Charles Foreland. Luas

Svalbard ialah 62 050 kilometer persegi. Jaraknya

dari Kutub Utara ialah 1100 kilometer. (Lihat Lautan

Artik [peta]; Norway [peta]).

UMUM 
SARAH AIS

Sarah ais atau dinamakan pek ais. Apabila

permukaan air laut di kawasan Artik membeku, ia

menjadi lembar ais. Apabila angin bertiup kencang,

ia boleh memecahkan lembar ais ini. Kepingan ais

yang besar juga boleh memecahkan lembar ais

apabila bahagian tepinya mencair pada musim

panas. Kepingan ais leper yang terapung yang

dikenali sebagai flo ais , boleh terbentuk semula

bersama sarah ais , sama ada terapung di lautan

atau tersusun di pinggir pantai. Sarah ais juga

dikenali sebagai ais sarah.

Lihat juga Aisberg; Antartika; Lautan Artik.

UMUM 
NARWHAL

Narwhal ialah paus yang luar biasa di Artik.

Narwhal jantan mempunyai taring yang berpilin

kira-kira 2.5 meter panjang yang tumbuh dari

bahagian kiri kepalanya. Taring itu sebenarnya

adalah satu-satunya gigi narwhal. Sesetengah

narwhal, kebanyakannya narwhal betina

mempunyai dua taring. Namun biasanya narwhal

betina tidak mempunyai taring. Narwhal yang

muda menggunakan taring masing-masing untuk

bermain-main lawan sesama mereka. Setakat yang

diketahui, narwhal dewasa tidak pernah

menggunakan taringnya. Bagaimanapun,

kebanyakan narwhal dewasa mempunyai hujung

taring yang lusuh. Mungkin taring ini digunakan

untuk mengocak pasir atau lumpur ketika makan.

UMUM 
1234

Kembali ke atas