Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.ti.le.ri] | ارتيلري

Definisi : 1. pasukan tentera yg bersenjata me-riam; 2. meriam (biasanya beroda). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ar.ti.le.ri] | ارتيلري

Definisi : 1 pasukan tentera yg mengendalikan meriam-meriam. 2 segala jenis meriam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata artileri


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARTILERI

Artileri meliputi meriam beroda atau pelancar

roket yang terlalu besar atau terlalu berat untuk

dikelaskan sebagai senjata kecil. Biasanya sebarang

meriam atau pelancar yang menggunakan amunisi

yang berdiameter 2.5 sentimeter atau lebih dan

yang tidak ditembakkan dari tangan atau dari bahu

dikenali sebagai artileri .

UMUM 
MERIAM

Meriam ialah senjata yang kalibernya lebih

daripada 2.5 sentimeter. Ia mempunyai laras,

bahagian bawah, dan mekanisme menembak.

Meriam besar yang kini dikelaskan sebagai artileri

dan meriam yang lebih besar yang dilepaskan

dari pesawat semasa Perang Dunia II (1939–1945),

pernah dinamakan sebagai meriam.

UMUM 
REJIMEN

Rejimen ialah organisasi tentera yang

bertanggungjawab terhadap perumahan dan

penyusunan sekumpulan tentera dan peralatannya.

Banyak rejimen dibentuk kepada beberapa

kumpulan kecil seperti batalion infantri, skuadron

(tentera perisai), atau pasukan meriam (artileri).

Rejimen infantri mungkin mengandungi sekurang-kurangnya

dua batalion semasa aman atau paling

ramai 15 batalion semasa perang.

UMUM 
SENJATA API

Senjata api ialah sebarang senjata yang

menggunakan serbuk letupan untuk

menembakkan peluru atau kelongsong.

Umumnya, istilah ini digunakan untuk senjata api

ringan seperti raifal, senapang patah, dan pistol.

Ia biasanya dikenali sebagai senjata api ringan .

Senjata api yang lebih berat biasanya dirujuk

kepada artileri .

UMUM 

Kembali ke atas