Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.tis] | ارتيس

Definisi : 1. orang yg kerjanya atau kegemarannya mencipta hasil seni (terutama lukisan); 2. peng­hibur (spt penyanyi, penari, dll); ~ ra­kaman penyanyi atau pemuzik yg mera­kam­kan persembahannya dlm sesebuah album dgn syarikat rakaman mengikut kontrak tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ar.tis] | ارتيس

Definisi : 1 orang yg menghasilkan sesuatu karya seni (spt pelukis, penyajak, pemain muzik). 2 penghibur, spt penyanyi, pelakon. ~ rakaman penyanyi atau pemuzik yg merakamkan persembahannya dlm sesebuah album dgn syarikat rakaman mengikut kontrak tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata artis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Ayat yang manakah yang paling tepat? Soalan pertama a) Pakaian artis itu sungguh mencolok mata. b) Pakaian artis itu sungguh menjolok mata. Soalan kedua a) Masa depan seseorang pelajar akan lebih terjamin sekiranya belajar dari semasa ke masa. b)Masa depan seseorang pelajar akan lebih terjamin sekiranya belajar dari masa ke semasa.1. Ayat yang betul ialah: a)Pakaian artis itu sungguh mencolok mata.
2. Ayat yang betul ialah: Masa depan seseorang pelajar akan lebih terjamin sekiranya belajar dari semasa ke semasa.
Tatabahasa04.11.2012
Tidak ada seorang wartawan pun yang tahu akan nama artis itu yang sebenar. munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TQYat "Tidak ada seorang wartawan pun yang tahu akan nama artis itu yang sebenar." adalah betul.Tatabahasa16.02.2012
Remaja perempuan di Malaysia menyukai dan mengikuti gaya berpakaian artis perempuan k-pop. adakah betul perkataan k-pop atau perlu diubah kepada pop korea. Betulkan jika ada kesalahan perkataan k-pop. Maaf, keliru.Perkataan yang betul dalam bahasa Melayu ialah Pop Korea.Makna15.04.2021
Assalamualaikum. Saya ingin meminta pengesahan berkenaan ayat berikut. "Melebihi 20 Kelas Muzik boleh dimuat turun percuma yang menunjukkan kepada anda cara untuk bermain lagu hit pada piano dan gitar, diajar oleh artis yang menjadikan lagu itu terkenal" Bolehkah ayat ini dimulakan dengan perkataan "Melebihi"? Terima kasih atas pencerahan.Tidak boleh. Sebagai contoh ayat:  Pengguna boleh memuat  turun  melebihi  20 kelas muzik yang  menunjukkan cara untuk bermain lagu hit menggunakan piano dan gitar yang diajar oleh artis sehingga menjadikan lagu itu terkenal.Makna21.03.2018
Soalan saya.. apakah maksud butuh di dalam bahasa malaysia? Banyak saya dengar di station tv dan radio..artis indonesia menggunakan bahasa butuh..adakah ini boleh kita gunakan didalam bahasa harian kita..walau pun makna bahasa indonesia adalah perlu..dan adakah rakyat malaysia boleh menggunaknya dalam bahasa harian dan anak anak kita boleh menggunakanya di waktu sekolah?Apakah peranan kementerian di dalam isu ini? Sekian t.kasih.Sdr. Masidayu, di dalam kamus dewan butuh membawa makna I bk kemaluan laki-laki. manakala bagi Indonesia ia bermakna memerlukan. Jika ditanya bolehkah perkataan ini digunakan? jawapannya ia dan tidak. Bermakna jika ia digunakan dalam masyarakat kita di Malaysia tentulah tidak sesuai tetapi jika digunakan dalam konteks di Indonesia ia memang boleh digunakan.Makna06.09.2007
assalamualaikum& salam sejahtera... apakah maksud sebenar bagi ayat 'malar segar'. Adakah ia sesuai digunakan bagi penggunaan dibawah? penggunaan: 'saksikan persembahan artis terkenal dengan lagu-lagu malar segar...'Wa'alaikum salam. Malar segar bermaksud terus menerus segar. Maknanya sesuatu itu sentiasa segar seperti dalam lagu-lagu keroncong, asli, ghazal dsbnya yang sedap didengar oleh telinga. Ayat tersebut sesuai bergantung pada konteks lagu apa yang dinyanyikan oleh penyanyi tersebut.Apakah ia lagu seperti yang dinyatakan di atas atau sebagainya. Terima kasih.Lain-lain24.11.2006
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya kepada pihak DBP, apakah perkatan Bahasa Malaysia yang sesuai digunakan bagi perkataan indie? Sebagai contoh komik indie, artis indie. Saya sudah mencari di carian kata namun tiada istilah untuk ini. Segala perhatian dan kerjasama dari pihak DBP diucapkan ribuan terima kasih.Salam sejahtera, Perkataan indie perlu diitalikkan. Hal ini kerana, perkataan tersebut merupakan singkatan kepada perkataan inggeris (independent) dan diterima pakai dalam penggunaan bahasa Melayu. Sekian, terima kasih.Istilah30.03.2020
Soalannya: Cari kesalahan pada ayat di bawah:- a) Para penonton tidak berhenti-henti memuji kecantikan peragawati yang telah menjadi pelakon itu. b) Kakak mengangkat kesemua cucur udang yang digorengnya itu setelah membalik-balikkannya beberapa kali. c) Tidak ada seorang wartawan pun yang tahu akan nama artis itu yang sebenar

a) Para penonton tidak berhenti-henti memuji kecantikan peragawati yang telah menjadi pelakon itu. - betul

b) Kakak mengangkat kesemua cucur udang yang digorengnya itu setelah membalik-balikkannya beberapa kali. - betul

c) Tidak ada seorang wartawan pun yang tahu akan nama artis itu yang sebenar - penggunaan akan tidak ada kaitan dengan unsur emotif dalam ayat ini

Tatabahasa18.04.2011
Mengapa ayat-ayat yang berikut salah? 1. Ali yang benar bersalah dalam pergaduhan itu. 2. Tanah itu milik Pak Ali yang benar. 3. Fius berfungsi memutuskan elektrik apabila voltan yang mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosam. 4. Adik sering berlawan cakap kakak apabila kakak memarahinya. 5. Sudah menjadi lumrah kehidupan yang kaya sentiasa dikenang. 6. Menjadi gila anak-anak muda dengan nyanyian lagu artis popular itu. 7. Penyair terkenal itu mendendangkan syair hasil nukilan sasterawan negara.

 
Berikut ayat yang telah dipinda.

1. Ali yang  bersalah dalam pergaduhan itu.
2. Tanah itu sebenarnya milik Pak Ali.
3. Fius berfungsi mematikan aliran elektrik apabila voltan mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosak.
 4. Adik sering melawan cakap kakak apabila dimarahi.
5. Sudah menjadi lumrah kehidupan, yang kaya sentiasa dipuji.
6. Nyanyian lagu artis popular itu menjadi kegilaan anak-anak muda.
7. Penyair terkenal itu mendeklamasikan syair hasil nukilan sasterawan negara.

Tatabahasa19.07.2013
Yang Dihormati, Saya ingin memohon maaf atas kesilapan saya di dalam emel yang di hantar sebelum ini. Pembetulan yang ingin saya kemukakan telah digariskan dan diterangkan. di bawah. Kami di Nuansa Films Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat penerbitan filem, drama dan sebagainya. Nuansa kini dalam penerbitan sebuah filem Bahasa Melayu dibintangi Remy Ishak, Maya Karin dan pelbagai artis tanah air. Filem ini adalah sebuah karya pengarah terkenal Osman Ali. Kami di Nuansa mempunyai dua pilihan untuk tajuk filem ini. Pilihan Pertama - Cun Melencun - Pembetulan - Cun Melecun Pilihan Kedua - Cun Me-lencun Kami ingin tahu daripada pihak Dewan dan Pustaka jika tajuk yang berkenaan: - tidak mempunya erti yang keterlaluan atau melampau - sifat-sifat buruk - erti sebenar di sebalik perkataan Kerjasama pihak Dewan dan Pustaka amat dihargai. Yang benar, Pravind Subramaniam Nuansa Films Sdn. Bhd.Untuk makluman saudara, "cun" iaitu bahasa percakapan atau slanga yang mengandungi konotasi padan atau anggun. Oleh itu, perkataan tersebut tidak sesuai untuk digunakan dalam situasi rasmi atau sebagai bahan paparan di tempat awam. Ungkapan yang pertama atau kedua tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tajuk filem kerana filem sebagai wahana pendidikan hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan betul.Tatabahasa16.12.2009
12

Kembali ke atas