Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata artocarpus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
breadfruit (Artocarpus communis)/(Artocarpus incisus)/(Artocarpus incisus)SosiologiTiadaTiada
breadfruit (Artocarpus communis)/(Artocarpus incisus)/(Artocarpus incisus)PertanianTiadaTiada
jackfruit (Artocarpus integra)nangka (Artocarpus integra)PertanianTiadaTiada
keledangkeledangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Artocarpus spp. daripada famili Moraceae. Nama tempatannya di Sabah ialah terap hutan Terdapat tidak kurang daripada 10 spesies kayu yang menghasilkan kayu keledang, dan antaranya ialah Artocarpus anisophyllus, A. dadah, dan A.heterophyluss. Gubal kayu keledang berwarna kuning muda atau kuning coklat, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang biasanya berwarna coklat atau coklat muda. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 495 hingga 945 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu keledang agak mudah dikerjakan tetapi lambat mengeringkan. Kayu ini digunakan untuk membuat keranda yang bermutu tinggi dan juga untuk lantai parket, perabot, dan papan panel.
terapterapPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu yang ringan dalam genus Artocarpus dan Parartocarpus, dan Antiaris toxicaria daripada famili Moraceae. Nama tempatan di Semenanjung ialah ara bertih, ipuh, miku, dan sukun, di Sabah paliu, timadang, dan timbangan. Spesies utama kayu ini termasuk Arcorpus elasticus, A. scortechinii, Parartocarpus bracteatus, dan P. venenosus. Gubal kayu terap sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna kuning atau coklat kekuningan. Kadangkala teras kayunya berwarna coklat tua dan mudah dibezakan daripada gubal kayunya.Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 400 hingga 560 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan tetapi sukar dikemas siap, tidak tahan, tetapi mudah diawet. Kadar pengeringan kayu ini berbeza-beza mengikut spesies. Kayu terap sesuai untuk lantai, venir kor, papan lapis, kotak, dan alas angkut.
cauliflorykaulifloriHerbaBotani dan BioteknologiBuah yang dihasilkan pada batang dan dahan. Contohnya, nam-nam (Cynometra cauliflora) dan nangka (Artocarpus heterophyllus).
monoeciousmonoesiusHerbaBotani dan BioteknologiJenis tumbuhan yang mempunyai bunga jantan dan bunga betina pada pokok yang sama. Kebanyakan pokok adalah jenis monoesius. Contohnya, nangka (Artocarpus heterophyllus) dan durian (Durian zibethinus).
fruit-flyLalat buahBiologiEntomologiNama am bagi serangga dalam famili Tephritidae (Diptera) yang mempunyai banya genus, termasuk Anastrepha, Bactrocera, Callantra, Ceratitis, dan Dacus. Serangga ini, termasuk lalat Artocarpus (B. umbrosa), lalat buah oriental (B. dorsalis), lalat buah Mediterranean (C. capitata), lalat buah melon (B. cucurbitae), dan lalat zaitun (B. oleae), menjadi perosak utama tanaman buah-buahan. Di Asia, semua spesies dalamg enus Dacus kini digolongkan dlam genus Bactrocera. Lalat dewasa bertelur di dalam buah dan larvanya mengorek dan hdipu di dalam buah. Larvanya kemudian keluar dan menjadi pupa di dalam tanah. Nama ini dahulunya digunakan juga untuk serangga dalam famili Drosophilidae, khususnya genus Drosophila yang kini dikenal dengan nama amnya lalat cuka.

Kembali ke atas