Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.tro.pod] | ارتروڤود

Definisi : (Bio) haiwan tanpa tulang belakang (termasuk krustasea, serangga, araknid dan lipan) drpd filum Arthropoda yg mempunyai badan bersegmen, anggota bersendi, dan rangka luar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ar.tro.pod] | ارتروڤود

Definisi : haiwan tanpa tulang belakang, termasuk krustasia, serangga, araknid dan lipan, yg mempunyai badan bersegmen, anggota bersendi dan mempunyai rangka luar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata artropod


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
arthropod borne diseasepenyakit bawaan artropodPerubatanTiadaPenyakit yang disebarkan melalui vektor artropod seperti serangga.
arthropod borne infectioninfeksi bawaan artropodPerubatanTiadaJangkitan yang disebarkan melalui vektor artropod seperti serangga.
ecdysisekdisisBiologiEkologiProses penyalinan kulit rangka luar artropod, seperti lipas. Proses ini merupakan salah satu peringkat dalam kitar hidup artropod.
arthropodartropodGeografiTiadaHaiwan dalam filum Arthropoda yang dicirikan oleh badan bersegmen dan diselaputi rangka luar yang keras yang terdiri daripada kitin.
arthropodartropodGeologiTiadaHaiwan dalam filum Arthropoda yang dicirikan oleh badan bersegmen dan diselaputi rangka luar yang keras yang terdiri daripada kitin.
arthropodartropodPerhutananTiadaHaiwan dalam filum Arthropoda yang dicirikan oleh badan bersegmen dan diselaputi rangka luar yang keras yang terdiri daripada kitin.
arthropodartropodGeografiTiadaHaiwan dalam filum Arthropoda yang dicirikan oleh badan bersegmen dan diselaputi rangka luar yang keras yang terdiri daripada kitin.
arthropodartropodBiologiEntomologiKumpulan haiwan, termasuk serangga yang badannya bersegmen dan diselaputi rangka luar yang keras yang terdiri daripada kitin. Anggotanya perpasangan dan bersendi.
terrestrial arthropodartropod daratanVeterinarTiadaTiada
arthropod vectorvektor artropodPerubatanTiadaOrganisma dalam filum Arthropoda yang menjadi pembawa mikroorganisma yang menyebabkan penyakit.
12345678

Kembali ke atas