Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ru] | ارو

Definisi : gelaran bangsawan Bugis, raja, puteri; arung I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aru

Puisi
 

Bukan jagung sebaranglah jagung,
     Kacang melilit di batang aru;
Bukannya datang sebarang kampung,
     Datang menghibur hati yang baru.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah Tahun Baru Cina ditukar kepada Tahun Baharu Cina spt yg digunakan dlm buku teks baharu Bahasa Malaysia Tahun 1? Bagaimanakah hendak membezakan penggunaan baru dengan baharu? Terima kasih.Perkataan 'baharu' sebagai kata adjektif waktu yang membawa pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan seperti 'tahun baharu', 'rumah baharu'. Perkataan 'baru' sebagai kata bantu  aspek  digunakan untuk menunjukkan suasana perbezaan masa seperti 'baru sampai', 'baru-baru ini'.  Oleh itu, frasa yang tepat ialah 'Tahun Baharu Cina'. Lain-lain05.01.2011
ADA PERBEZAANKAH ANTARA BAHARU DAN BARU.JIKA ADA BAGAIMANAKAH KEDUA DUA PERKATAAN INI DIGUNAKAN

Kata baru dan baharu dianggap sebagai variasi dalam bahasa Melayu dan membawa makna yang sama. Tetapi lazimnya penggunaan baru dan baharu sebagai kata adjektif digunakan dalam konteks rumah baru/baharu, tahun baru/baharu, baju baru/baharu. Padanan bahasa Inggerisnya ialah new, manakala  baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru-baru ini, baru tiba, baru sampai. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just.

Tatabahasa06.05.2011
Tuan / Puan, Salam sejahtera. 1) Di mana dapat saya carikan indeks / penunjuk ejaan terbaru untuk perkataan BM? Contohnya, perkataan "Baru" telah ditukar ke "Baharu" "Bahru" dan kini saya tidak pasti yang mana adalah ejaan yang tepat. 2) Di manakah dapat saya carikan kamus terjemahan B.Inggeris-BM? Terdapat banyak perkataan yang kena diterjemahkan tetapi, jarang terdapat laman terjemahan BI ke BM yang memuaskan, kebanyakan adalah laman dari Indonesia. terima kasih. yang benar, suki goh

1. Semua entri baru dimasukkan dalam Kamus Dewan Edisi terbaru atau saudara boleh juga merujuk Kosa Kata aru dan Istilah Semasa dalam Klik DP yang disiarkan pada setiap bulan, hari rabu minggu ketiga bersama-sama dwngan akhar Berita Harian.

 2. DBP hanya menerbitkan Kamus Inggeris Melayu Dewan ukan kamus terjemahan. sila rujuk penerbit besar yang lain untuk mencari Kamus terjemahan. 

Tatabahasa21.08.2008
Assalamualaikum. Dalam Kamus Dewan kata "baru" boleh silih berganti dengan "baharu". Namun dalam ayat situasi mana yang sesuai kita gunakan "baru" dan "baharu" untuk membina ayat.Adakah kedua-duanya boleh diguna pakai? Tetapi kenapa dalam proses pengimbuhan kata "baharu" digunakan jika dibanding dengan "baru". Contohnya, pembaharuan, pembaharu, dibaharukan dan sebagainya. Boleh atau tidak kita jadikan " pembaruan", pembaru" "dibarukan" dan sebagainya. Terima Kasih. Tarikh diperlukan jawapan, terpulang kepada pihak tuan.

Baru dan baharu kedua-duanya membawa makna yang sama dan baru dan baharu dianggap varian dalam bahasa Melayu. Untuk lebih mudah memahaminya, kata "baru" lazimnya merujuk kepada masa dan dalam bahasa Inggeris kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, just now = baru sebentar tadi. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baharu atau dalam bahasa Inggerisnya 'new'.Walau bagaimanpun kata "new" diterjemahkan juga kepada baru, contohnya new car = kereta baharu/baru. Dalam bentuk kata terbitan, kata dasar baharu lebih produktif daripada kata dasar baru seperti membaharui, memperbaharu, kebaharuan, pembaharuan, pembaharu, baru-baru dan membarukan. Penggunaan kata terbitan lazimnya berdasarkan contoh penggunaan yang telah ada seperti pembaharu, bukannya pembaru.

Tatabahasa10.07.2011

Kembali ke atas