Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ru] | ارو

Definisi : gelaran bangsawan Bugis, raja, puteri; arung I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aru

Puisi
 

Bukan jagung sebaranglah jagung,
     Kacang melilit di batang aru;
Bukannya datang sebarang kampung,
     Datang menghibur hati yang baru.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ARU (audio reaction unit)ARU (unit tindak balas audio)Teknologi MaklumatTiadaPeranti output yang menjana suara sebagai menjawab panggilan telefon. Contohnya, "sila tekan 1 untuk bahasa Melayuà".
ruruPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Casuarina spp. daripada famili Casuarinacea. Nama tempatannya di Sabah ialah aru dan sempilau. Spesies utamanya ialah Casuarina equisetifolia, C. nobilis, dan C. rumphiana. Gubal kayu ru berwarna lebih muda, dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang biasanya berwarna coklat kemerahan hingga coklat tua. Tekstur kayunya kasar dan tidak sekata kerana kehadiran ruji agregat yang besar. Iranya lurus, berpilin atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 640 hingga 960 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikeringkan, sederhana tahan dan mudah diawet. Kayu ru boleh digunakan untuk hulu peralatan dan tiang pagar. Pokok ru pula ditanam untuk mengurangi hakisan pantai, dan sebagai penghalang angin.

Kembali ke atas