Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.rus] | اروس

Definisi : 1. gerakan air atau udara: ~ deras air sungai; 2. = ~ elektrik gerakan atau aliran tenaga elektrik melalui sesuatu pengalir; ~ terus = ~ searah Id aliran elektrik yg tetap haluan dan kuasanya; ~ ulang-alik = ~ bolak-balik Id aliran elektrik yg haluan dan had kuasanya bertukar-tukar; 3. pergerakan kenderaan (manusia dll) yg tidak putus-putus: menantikan redanya ~ lalu lintas di jalan; hilang dlm ~ orang banyak yg meninggalkan stadium; 4. ki aliran, perkembangan: sesuatu perlakuan tidak boleh didefinisikan secara ber­­asingan drpd kedudukannya dlm ~ pen­­ce­ri­taan; ~ sejarah; ~ zaman; ~ per­ubahan fesyen; ~ pembangunan; 5. = ~ hidup (peng­hidupan) perjalanan hidup, kehidupan: dia tidak lagi menghanyutkan diri ke dlm ~ kota; ~ air mata air mata yg mengalir dgn tidak putus-putus; ~ dingin = ~ sejuk arus yg mem­bawa udara yg dingin (sejuk); ~ lautan arus yg bergerak di kawasan lautan; ~ panas arus yg membawa udara yg panas; ~ pasang surut arus yg disebabkan oleh gerakan pasang surut; ~ perdana perkembangan semasa yg sedang giat berlaku dr segi pembangunan (fizikal, men­tal, kebudayaan, kehidupan dsb): tiada kawasan di negeri yg disisihkan drpd ~ per­dana pembangunan; berarus ada arusnya: air yg melaut itu rupa­nya tenang tetapi pd setengah-setengah tempat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.rus] | اروس

Definisi : 1 aliran air (udara, elektrik dsb). 2 ki kejadian atau peristiwa yg berlakunya dlm sesuatu masa; perkembangan: ~ perubahan fesyen; ~ pembangunan; ~ perdana perkembangan semasa yg sedang giat berlaku dr segi pembangunan (fizikal, mental, kebudayaan, kehidupan dsb): Tiada kawasan di negeri ini yg disisihkan drpd ~ perdana pembangunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arus

Puisi
 

Perahu belayar menyusur arus,
     Patah kemudi susur di pantai;
Baik cari cindai yang halus,
     Alah beli menang dipakai.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bagai galah di tengah arus.

Bermaksud :

Menggigil keras; selalu berkeluh-kesah.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARUS TELUKAN

Arus Telukan ialah arus lautan yang utama. Arus

yang pantas ini membentuk sistem arus di

bahagian besar pinggir barat laut yang mengalir

mengikut arah jam di Lautan Atlantik Utara. Arus

Telukan mempunyai kesan yang penting terhadap

iklim, pengangkutan laut, dan peredaran nutrien

dan bahan buangan di dalam lautan.

UMUM 
ARUS LABRADOR

Arus Labrador ialah arus sejuk lautan yang

bermula di Lautan Artik. Ia mengalir di sepanjang

pantai Labrador, Kanada, sehingga ke suatu tempat

yang berhampiran dengan pulau Newfoundland

apabila ia bertemu dengan Arus Telukan. Pengaruh

Arus Labrador dirasakan di selatan sejauh New

England di Amerika Syarikat. Pelabuhan di

Labrador terhalang oleh ais selama kira-kira

setengah tahun, sebahagiannya disebabkan oleh

arus sejuk ini. Tetapi pelabuhan-pelabuhan di

Kepulauan British yang terletak pada latitud yang

sama seperti Labrador, tetap dibuka kepada

perkapalan sepanjang tahun. Pelabuhan-pelabuhan

tersebut bebas daripada ais sebahagiannya

disebabkan oleh Arus Telukan yang panas. Apabila

udara sejuk di atas Arus Labrador bertemu dengan

angin panas dan lembap di atas Arus Telukan,

kabus tebal terbentuk di luar pantai. Lihat juga

Kabut; Lautan (Bagaimana lautan bergerak).

UMUM 
ARUS PERU

Arus Peru ialah arus lautan yang sejuk, lebar

tetapi cetek di Lautan Pasifik. Ia mengalir dengan

perlahan ke arah utara di sepanjang pantai barat

Amerika Selatan. Di sepanjang pantai Peru, suhu

airnya ialah 8 ° C lebih sejuk daripada normal bagi

permukaan Lautan Pasifik di garis lintang tersebut.

Kebanyakan ahli sains percaya bahawa angin

meniup air permukaan yang panas, menyebabkan

air yang lebih sejuk dari bawah naik ke permukaan.

Arus ini juga dinamakan Arus Humboldt (lihat

Humboldt, Baron von ).

UMUM 
ARUS JET

Arus jet ialah satu jalur arus udara yang bergerak

laju pada altitud tinggi. Arus jet mengalir berolak-

olak mengelilingi Hemisfera Utara dan Selatan.

Alur ini kerap bertukar tempat dan bergerak secara

menegak dan juga mendatar.

UMUM 
KEMAGNETAN

Kemagnetan ialah daya yang dikenakan oleh

arus elektrik kepada arus elektrik yang lain.

Kemagnetan boleh dihasilkan oleh pergerakan

elektron dalam atom bahan tertentu yang

dinamakan magnet. Daya magnet juga boleh juga

dihasilkan oleh arus elektrik biasa yang mengalir

melalui gegelung dawai, yang dinamakan

elektromagnet. Daya magnet boleh menyebabkan

tarikan atau tolakan – iaitu, daya magnet boleh

mendekatkan magnet ataupun memisahkannya.

UMUM 
ARUS ELEKTRIK

Arus elektrik ialah pergerakan atau aliran cas

elektrik. Cas boleh jadi positif atau negatif. Proton

yang menjadi sebahagian daripada nukleus setiap

atom mempunyai cas elektrik positif. Elektron yang

mengelilingi nukleus mempunyai cas negatif. Arus

elektrik boleh terdiri daripada cas positif, negatif

atau kedua-duanya.

UMUM 
ELEKTROKARDIOGRAF

Elektrokardiograf ialah alat yang digunakan

untuk mendiagnosis gangguan jantung. Setiap kali

jantung berdenyut, arus elektrik akan terhasil. Arus

ini bertanggungjawab terhadap kadar dan pola

pengembangan dan penguncupan jantung.

UMUM 
GARIS ARUS UMUM 
ARUS LAUTAN

Arus lautan lihat Lautan (Bagaimana lautan

bergerak).

UMUM 
OHM

Ohm ialah unit yang digunakan untuk mengukur

rintangan terhadap laluan arus elektrik. Semua

bahan merintang aliran arus elektrik. Tetapi

sesetengah bahan merintang lebih kuat daripada

bahan-bahan lain. Bahan yang tidak banyak

merintang dinamakan pengalir . Bahan yang

banyak merintang dinamakan penebat. Rintangan

elektrik ( R ), diukur dalam ohm, bersamaan

dengan daya elektromotif ( E ) yang menghasilkan

arus elektrik, diukur dalam volt , dibahagi dengan

arus ( I ), diukur dalam ampere .

Ohm = volt atau R = E

ampere I

UMUM 
12345678

Kembali ke atas