Arus deras Laut Bentan, Mati menteri ditikam paduka; Kalau asal permata intan, Jatuh di gelap cahaya jua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Hanyutlah padi dibawa arus, Kerana talinya tidak berikat; Hanyutlah hati nyawa pun putus, Kerana kekasih tak mahu dekat. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Perahu belayar menyusur arus, Patah kemudi susur di pantai; Baik cari cindai yang halus, Alah beli menang dipakai. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Tuan belayar menyongsong arus, Dapat bunga tiga sekaki; Kalau tak dapat perempuan kurus, Tidak puas rasanya hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Banyak nyamuk di Tanjung Arus, Rindu dendam di dalam puan; Tubuh gemuk menjadi kurus, Kerana rindu denganmu tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Rebah pancang hanyut perahu, Dibawa arus ke tengah laut; Entah sayang entahkan rindu, Badanku kurus fikiran kalut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak cercap jatuh ke kali, Dibawa arus mati terbuntang; Awak gagap disuruh mangaji, Membaca sebaris hari pun petang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sang seromba ikan serinding, Anting-anting arus berduri; Angin dan ombak mematah beting, Masing-masing membawa diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Sayang tidak berguna lagi, Hujan lebat arus berduri; Saya tidak kempunan lagi, Sudah dicapai di hujung jari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ada satu anak Brunei, Cari makan menimba jala; Jangan ikut arus di sungai, Takut terkepung pintu kuala. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |