Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arus elektrik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEMAGNETAN

Kemagnetan ialah daya yang dikenakan oleh

arus elektrik kepada arus elektrik yang lain.

Kemagnetan boleh dihasilkan oleh pergerakan

elektron dalam atom bahan tertentu yang

dinamakan magnet. Daya magnet juga boleh juga

dihasilkan oleh arus elektrik biasa yang mengalir

melalui gegelung dawai, yang dinamakan

elektromagnet. Daya magnet boleh menyebabkan

tarikan atau tolakan – iaitu, daya magnet boleh

mendekatkan magnet ataupun memisahkannya.

UMUM 
METER GALVANI

Meter galvani ialah alat yang digunakan untuk

mengesan dan mengukur arus elektrik yang kecil.

Kebanyakan meter galvani berfungsi berdasarkan

prinsip bahawa arus elektrik yang mengalir melalui

dawai dalam medan magnet menghasilkan daya

terhadap dawai itu.

UMUM 
OHM

Ohm ialah unit yang digunakan untuk mengukur

rintangan terhadap laluan arus elektrik. Semua

bahan merintang aliran arus elektrik. Tetapi

sesetengah bahan merintang lebih kuat daripada

bahan-bahan lain. Bahan yang tidak banyak

merintang dinamakan pengalir . Bahan yang

banyak merintang dinamakan penebat. Rintangan

elektrik ( R ), diukur dalam ohm, bersamaan

dengan daya elektromotif ( E ) yang menghasilkan

arus elektrik, diukur dalam volt , dibahagi dengan

arus ( I ), diukur dalam ampere .

Ohm = volt atau R = E

ampere I

UMUM 
ARUS ELEKTRIK

Arus elektrik ialah pergerakan atau aliran cas

elektrik. Cas boleh jadi positif atau negatif. Proton

yang menjadi sebahagian daripada nukleus setiap

atom mempunyai cas elektrik positif. Elektron yang

mengelilingi nukleus mempunyai cas negatif. Arus

elektrik boleh terdiri daripada cas positif, negatif

atau kedua-duanya.

UMUM 
KESAN HALL

Kesan Hall ialah fenomena elektrik yang berlaku

apabila arus elektrik mengalir melalui bahan dalam

medan magnet. Contohnya, jika arus elektrik

yang mengalir melalui sesuatu bahan serenjang

dengan medan magnet di sekitar bahan itu, kesan

Hall kelihatan sebagai voltan merentasi bahan itu.

Voltan Hall adalah serenjang dengan kedua-dua

arah arus elektrik dan arah medan magnet.

UMUM 
AMPERE, ANDRE MARIE

Ampere, Andre Marie (1775–1836), ahli

matematik dan ahli fizik Perancis, menemui hukum

elektromagnetisme pada tahun 1820-an. Dia

menunjukkan bahawa arus elektrik yang selari

menarik satu sama lain jika bergerak dalam arah

yang sama, dan menolak jika arahnya bertentangan.

Teori matematiknya yang menjelaskan fenomena ini

menjadi asas perkembangan elektrodinamik. Dia

mendapati bahawa arus elektrik yang mengalir

melalui kawat yang bergelung bertindak seperti

magnet. Ini menyebabkan terciptanya galvanometer,

alat untuk mengesan dan menyukat arus elektrik.

UMUM 
ELEKTROLISIS

Elektrolisis ialah proses apabila arus elektrik

dialirkan melalui cecair, yang menyebabkan tindak

balas kimia berlaku. Jika cecair itu air, elektrolisis

“menguraikan” air kepada dua gas – hidrogen dan

oksigen. Jika cecair itu larutan yang mengandungi

logam, elektrolisis menguraikan larutan logam

supaya tersingkir.

UMUM 
AMMETER

Ammeter ialah alat yang mengukur arus elektrik

dalam sesuatu litar dalam unit yang dikenali sebagai

ampere . Terdapat dua jenis asas ammeter– analog

dan digital .

UMUM 
METER KEUPAYAAN

Meter keupayaan ialah alat yang mengukur

arus elektrik, voltan dan rintangan dengan kejituan

tinggi. Meter ini menunjukkan perbezaan voltan

dengan membandingkan daya elektromotif yang

tidak diketahui dengan daya elektromotif yang

diketahui. Ia digunakan untuk menentu ukur

voltmeter dan ammeter, dan juga sebagai unsur

kawalan dalam litar dan alat elektronik.

Lihat juga Ampere.

UMUM 
ELEKTROMAGNET

Elektromagnet ialah magnet sementara yang

terbentuk apabila arus elektrik mengalir melalui

dawai atau pengkonduksi yang lain.

UMUM 
12345

Kembali ke atas