Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arus elektrik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ESU of currentESU arus elektrikKejuruteraanKejuruteraan KimiaUnit ukuran arus elektrik teraruh elektrostatik yang bersamaan dengan 3.3356 x 10-10 ampere.
conductivitykekondukanKejuruteraanPetroleumUkuran mengenai keupayaan satu unit isi padu bahan untuk membenarkan arus elektrik menerusinya. Semakin besar arus elektrik yang dapat lalu, semakin bersarlah kekondukan bahan tersebut. Parameter ini adalah merupakan salingan kepada keberintangan. unit yang biasa dipakai ialah mho atau mnho (mili-mho).
coulometerkulometerKimiaTiadaSel elektrolik yang digunakan untuk mengukur kuantiti arus elektrik melalui mendakan logam di katod semasa elektrolisis. Kuantiti keseluruhan arus elektrik yang melalui elektrolit dapat dikira daripada pertambahan jisim katod dan setaraan elektrokimia logam tersebut.
conductivity of water, electricalkekonduksian elektrik airHidrologiTiadaKemampuan air untuk mengalirkan arus elektrik, dinyatakan sebagai arus elektrik per unit keluasan dibahagi dengan susutan voltan per unit jarak.
elektrik currentarus elektrikMeteorologiMeteorologi PerhubunganDalam keelektrikan atmosfera, sebarang pergerakan cas elektrik di dalam ruang yang menyebabkan terjadinya pengangkutan bersih cas. Misalnya arus elektrik dalam arus konduksi, arus perolakan, dan arus kerpasan.
arc dischargenyahcas arkaTeknikElektrikArus elektrik arus terus di antara dua elektrod dalam gas atau wap yang mempunyai ketumpatan arus tinggi dan nisbah susut voltan rendah.
electrochemistryelektrokimia (ilmu)FizikNanoteknologiSubbidang kimia yang berkaitan dengan perubahan sifat kimia hasil daripada pengaliran arus elektrik atau sebaliknya. Perubahan sifat kimia dapat menghasilkan arus elektrik. Sifat kimia ini berlaku pada bahan elektrolit dan bidang ini digunakan untuk memajukan sel atau bateri kimia.
resistivitykeberintanganKejuruteraanPetroleumUkuran mengenai keupayaan satu unit isi padu bahan untuk menahan atau merintangi arus elektrik daripada melaluinya. Semakin kuat daya rintangan semakin kecillah kuantiti arus elektrik yang dapat lalu menerusi bahan tersebut.
relaygegantiKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSuis elektromagnet atau peranti pengawal yang menggunakan arus elektrik kecil untuk membuka dan menutup suis litar elektrik lain yang menggunakan arus elektrik yang lebih tinggi.
electric energytenaga elektrikFizikElektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan1. Tenaga yang dipunyai oleh arus elektrik apabila berada di dalam medan eletkrik. 2. Tenaga arus elektrik apabila berada di dalam medan magnet.
12345678910...

Kembali ke atas