"Meniti harapan, menggapai asa" adakah betul bagi ayat tersebut dan membawa makna? apakah ayat yang lebih sinonim untuk digantikan dengan kata "asa" terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud asa ialah 1. harapan 2. sangka atau sengaja Maka cadangan ayat yang lebih sesuai ialah "Meniti cabaran, menggapai harapan" | Makna | 23.10.2018 |
Saya memohon asa pihak tuan untuk melihat bahasa yang digunakan dalam instrumen kajian saya | Sekiranya tuan memerlukan semakan bahasa Melayu dalam dokumen, sila hantarkan dokumen tuan kepada Puan Fadhilah binti Ab. Bahar melalui alamat e-mel fadhilahbahar@dbp.gov.my untuk mendapatkan sebut harga. Sila pastikan dokumen tuan mengikut format berikut: Jenis huruf: Arial/Times New Roman Saiz huruf: 12 Langkau: 2 baris | Penyemakan dan penterjemahan | 07.09.2022 |
Cara yang betul menulis ku Tidak akanku berputus asa atau Tidak akan kuberputus asa. Andaiku toleh ke kiri atau Andai kutoleh ke kiri. | Ku sebagai kata klitik diikuti kata kerja tanpa imbuhan awalan. Kubuat Kuambil Kudambakan Kutitipkan Kuberbuat (salah) Kuperbuat (salah) Kumengambil (salah) Andai kutoleh ke kiri (betul) Tidak akan aku berputus asa (betul) Jika kata kerjanya berimbuhan awalan, ku secara automatis ditukarkan menjadi aku (penuh). | Lain-lain | 19.08.2021 |
Tuan, saya ingin memastikan adakah soalan saya ini betul tatabahasanya. 1) Bermain sukan, saya belajar untuk tidak berputus asa. 2) Bersukan, saya belajar untuk tidak berputus asa. dan, yang mana satukah yang lebih tepat? terima kasih. | Ayat kedua Bersukan, saya belajar untuk tidak berputus asa adalah betul. | Tatabahasa | 29.06.2012 |
Usaha untuk membantu murid yang lemah terus ______ tanpa mengenal erti putus asa. a. diperhebat b. diperhebatkan apakah jawapan bagi soalan ini? Sila berikan penjelasan. Terima kasih. | Usaha untuk membantu murid yang lemah terus diperhebat tanpa mengenal erti putus asa. | Tatabahasa | 28.04.2014 |
soalah 1 I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya pabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV III - PASTI SALAH kerana patut hanya guna cantik belaka. Apakah bezanya untuk dan bagi dalam ayat I dan II? Soalan 2 Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul? | 1. I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya pabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV III -2. Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul?Bertegang urat bermaksud tidak mahu mengaku kalah atau berkeras. Putus asa bermaksud hilang harapan dan lazimnya disandarkan kepada orang itu sendiri. Oleh itu, jawapan yang betul ialah A. I sahaja. 2. Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul, perlu-memerlukan bermaksud saling memerlukan. | Tatabahasa | 10.08.2011 |
adakah perkataan peraut wujud.sekiranya asa spa maksudnya. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, kata masukan yang terdapat ialah 'raut' yang bermakna sejenis pisau khas yang tajam untuk melicinkan (menajam, menghalus) rotan dan lain-lain. | Makna | 12.02.2008 |
Bolehkah ‘ membuat sesuatu kerja tanpa berputus asa ‘ diterima sebagai maksud bagi Peribahasa alang-alang berdakwat biar hitam ? | Peribahasa "alang-alang berdakwat biar hitam" bermaksud berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. Kepalang tanggung bermaksud kurang sempurna. | Makna | 03.12.2022 |
apakah maksud pesimis? | Pesimis bermaksud bersikap mudah putus asa atau kecewa. | Makna | 04.12.2012 |
apakah maksud pesimis? | Pesimis bermaksud bersikap mudah putus asa atau kecewa. | Makna | 04.12.2012 |