Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : gosok (utk menajamkan, meratakan, me­licinkan, dll): ~ bulat, ~ lentik, ~ papan, ~ repang, ~ runcing, ~ sayap kumbang (cara-cara mengasah gigi); calak-calak ganti ~ prb barang apa yg dipakai utk sementara sebelum ada yg lebih baik;berasah sudah diasah, sudah digosok (dicanai dsb);mengasah 1. menajamkan, mengilir: ~ pisau; 2. mencanai, menyerodi: ~ batu cincin; 3. menggosok (utk meratakan, melicinkan, dll): ~ gigi; 4. memupuk dan meningkatkan (membina, mengembangkan, dsb): keputusan yg baik dapat digunakan utk ~ kecenderung­an seseorang murid terhadap sesuatu jenis pekerjaan; ~ bakat memupuk dan mengem­bangkan bakat; ~ budi = ~ otak = ~ fikiran mempertajam fikiran (menjadikan lebih cekap berfikir dsb); ~ hati memanaskan hati; belakang parang sekalipun jika diasah tajam juga prb berapa bodoh pun orang kalau selalu diajar akan pandai juga;asahan 1. yg telah diasah; 2. yg digunakan utk mengasah: batu ~;pengasahan perihal (perbuatan dll) mengasah;pengasah 1. alat utk mengasah; 2. orang yg mengasah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ark sah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Ar ® asahhu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; mengasah 1 menggosokkan pisau dsb pd sesuatu atau menggosoknya dgn sesuatu supaya tajam; menajamkan. 2 melicinkan sesuatu (spt batu permata) dgn sj alat yg berputar ligat; mencanai. ~ bakat melatih diri utk mengembangkan bakat. ~ fikiran (otak) mempertajam fikiran. ~ hati memanaskan hati. pengasah 1 alat utk mengasah. 2 orang yg mengasah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asah

Puisi
 

Asah taji asah golok,
     Buat menyabung ayam kelabu;
Saya janji masak di pokok,
     Kalau ranggah saya tak mahu.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Pisau tiada berbaja,
     makin dikilir bertambah tumpul.

Bermaksud :

Orang yang tiada berilmu makin kaya makin sombong. baja = besi keras; kilir = gosok, asah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Asah kepetahan berucap menerusi pertandinganTiadaUtusan Sarawak29.08.2008
Asah bakat untuk jadi penulis yang baik: AriffinTiadaUtusan Borneo27.08.2008
Asah kreativiti melalui karya sastera Inggeris-Utusan Malaysia27.03.2008
DBP asah bakat penulis remajaTiadaBerita Harian05.12.1990
Peluang asah bakat di radioFarman OthmanBerita Harian21.03.1991
Bengkel asah bakat pelajarRaja Yusoff AriffinMetro Ahad11.03.2001
Mahaya asah bakat penulis mudaMohd Amin JalilBerita Harian19.02.2005
Bengkel penulisan asah bakat anak-anakNajibah HassanUtusan Malaysia25.11.1995
Radio Malaya asah bakat Kak LehaAdam SallehMetro Ahad23.08.1998
Majlis deklamasi sajak asah bakat penulis mudaRamli IsmailMingguan Malaysia06.09.1987
123

Kembali ke atas