Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sai] | اساي

Definisi : 1. sj binatang kecil yg memakan kayu, bubuk: rumah papan yg telah dimakan ~; 2. lapuk (dimakan bubuk). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sai] | اساي

Definisi : 1 nama sj binatang kecil yg memakan kayu. 2 rosak dimakan asai 1 (ttg kayu atau beras). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asai


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
local lesion assayasai belur setempatBiologiPatologiKaedah untuk mengetahui daya jangkit, dan kevirulenan patogen yang menyebabkan gejala belur secara kuantitatif dengan cara menginokulasikannya pada perumah tertentu (biasanya pada daun) dan kemudian menilai keparahan penyakit berdasarkan bilangan belur yang terbentuk.
enzyme-linked immunosorbent assayasai imunoserapan terangkai enzimVeterinarTiada

Satu teknik sensitif untuk mengukur protein dan antigen lain secara tepat dalam satu sampel tertentu melalui perubahan warna dalam keadaan termangkin enzim. Antibodi tertentu pada protein yang diuji akan terjerap pada substrat pepejal, seperti lapisan plastik polivinil klorida dan amaun sampel yang ditambah akan diukur. Semua molekul protein yang diuji diikat oleh antibodi. Antibodi tertentu pada tapak sekunder dalam protein yang diuji akan ditambah dan akan berkonjugat dengan satu enzim yang memangkinkan perubahan warna pada reagen keempat yang ditambah pada lapisan di peringkat akhir. Warna yang terbentuk boleh diukur secara fotometrik dan dibandingkan dengan keluk piawai untuk menentukan protein di dalam sampel. Kaedah ini sangat sesuai digunakan untuk mendiagnos sesuatu sebatian biokimia.

enzyme-linked immunosorbent assayasai imunoserapan terangkai enzimVeterinarTiadaSatu teknik sensitif untuk mengukur protein dan antigen lain secara tepat dalam satu sampel tertentu melalui perubahan warna dalam keadaan termangkin enzim. Antibodi tertentu pada protein yang diuji akan terjerap pada substrat pepejal, seperti lapisan plastik polivinil klorida dan amaun sampel yang ditambah akan diukur. Semua molekul protein yang diuji diikat oleh antibodi. Antibodi tertentu pada tapak sekunder dalam protein yang diuji akan ditambah dan akan berkonjugat dengan satu enzim yang memangkinkan perubahan warna pada reagen keempat yang ditambah pada lapisan di peringkat akhir. Warna yang terbentuk boleh diukur secara fotometrik dan dibandingkan dengan keluk piawai untuk menentukan protein di dalam sampel. Kaedah ini sangat sesuai digunakan untuk mendiagnos sesuatu sebatian biokimia.
enzyme-linked immunosorbent assayasai imunoserap terangkai enzimSains ForensikTiadaSatu teknik sensitif untuk mengukur protein dan antigen lain secara tepat dalam satu sampel tertentu melalui perubahan warna dalam keadaan terangkai enzim. Antibodi tertentu pada protein yang diuji akan terjerap pada substrat pepejal dan amaun sampel yang ditambah akan diukur. Semua molekul protein yang diuji akan diikat oleh antibodi. Antibodi tertentu pada tapak sekunder dalam protein yang diuji akan ditambah dan berkonjugat dengan satu enzim yang memangkinkan perubahan warna pada bahan uji keempat yang ditambah pada lapisan plastik di peringkat akhir. Warna yang terbentuk boleh diukur secara fotometrik dan dibandingkan dengan keluk piawai untuk menentukan protein dalam sampel. Kaedah ini sangat sesuai digunakan untuk mendiagnosis sesuatu sebatian biokimia dan boleh digunakan dalam pengujian forensik bagi pengesahan kehadiran dadah atau racun daripada cecair badan seperti darah dan susu ibu. Singkatan ELISA.
enzyme linked immunosorbent assay (ELISA)asai imunoerap terangkai enzim (ELISA)AIDSTiadaUjian saringan yang sering digunakan untuk mengesan kehadiran antibodi terhadap HIV pada darah.
ElisaElisaBiologiPatologiSingkatan bagi asai imunoserap terikat enzim yang dilakukan untuk mengesan dan mengenal pasti patogen, terutama virus, secara kuantitatif. Kaedah ini banyak digunakan dalam diagnosis kerana keputusannya cepat dan tepat.
half leaf testujian daun setengahBiologiPatologiKaedah asai belur setempat yang menggunakan satu helaian daun. Setengah helaian daun diinokulasi manakala setengah helaian lagi diinokulasi dengan air steril sebagai pembanding. Kaedah ini lebih baik daripada ujian daun setentang kerana perbezaan antara bahagian yang diinokulasi dengan helaian pembanding dalam kaedah ujian daun setentang adalah lebih kecil.
opposite leaf testujian daun setentangBiologiPatologiKaedah asai belur setempat yang menggunakan dua helaian daun yang berkedudukan bersetentang antara satu dengan yang lain. Satu daripada helaian tersebut diinokulasi manakala yang satu lagi diinokulasi dengan air steril sebagai pembanding. bdg. ujian daun setengah.
ELISAELISAVeterinarTiadaSingkatan bagi enzyme-linked immunosorbent assay. Lihat asai imunoserapan terangkai enzim.
ELISAELISASains ForensikTiadaSingkatan bagi enzyme-linked immunosorbent assay. Lihat asai imunoserap terangkai enzim.
12

Kembali ke atas