Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sa/] | اسق

Definisi : padat, sesak; se~ nasi penuh mulut dgn nasi;berasak 1. = berasak-asak = berasak-asak­an berhimpit-himpit dan bertolak-tola­kan, berdesak(-desak), berjejal(-jejal): orang ~ menaiki bas; mereka ~ hendak membeli tiket; 2. berpindah, berengsot, bergeser: pagi tadi ia tidak ~ dr tempatnya; mengasak 1. mengisi dan menekan-nekan supaya padat, menjejal: pd masa dahulu, meriam diasak dgn sabut sebelum dicucuh; 2. mendesak, menolak (dan menghimpit): di belakang mereka orang ramai ~ ke hadap­an; 3. menganjak, memindahkan; 4. ki menimpakan (mengenakan) tekanan ke atas, mendesak, menekan: pertanyaan demi per­tanyaan ~ benak Matakob;diasak layu, dicabut mati prb sesuatu yg tetap dan tidak dapat diubah lagi; sbg ayam diasak malam prb tidak berdaya lagi; mengasakkan 1. memasukkan dan menekan-nekan supaya padat, menjejalkan: ~ kekabu ke dlm bantal; 2. mendesakkan: dia ~ dirinya di antara orang ramai yg berkumpul itu; asakan perihal mengasak, keadaan berasak-asakan, desakan: dlm ~ orang ramai yg tidak keten­tuan arah itu, percubaannya sia-sia sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sa/] | اسق

Definisi : ; berasak berdesak-desak kerana sangat banyak orang di sesuatu tempat; berhimpit-himpit; berjejal-jejal: Orang ramai ~ hendak membeli tiket wayang. mengasak 1 mengisi dan menekan supaya penuh dan padat; memadatkan: ~ bantal. 2 menolak atau menyorong dgn badan; menghimpit; mendesak: Apabila orang di belakang ~, aku tersungkur ke hadapan. mengasakkan 1 memasukkan sesuatu dgn menekannya ke dlm bekas, sarung dsb: Ibu ~ kekabu ke dlm sarung utk dijadikan bantal. 2 menyorongkan (badan, diri) supaya dpt ke depan, ke luar dsb: Dgn susah payah, dia ~ diri agar dpt keluar dr dewan itu. asakan tolakan utk mengasak; desakan; himpitan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
expeller-pressed cakekek perah asakVeterinarTiadaHampas yang terhasil apabila sesuatu bijian berminyak atau isirung kelapa diperah asak bagi menghasilkan minyak. Contohnya, kek kopra, kek isirung sawit, kek kacang soya yang masing-masingnya terhasil selepas minyak kelapa, minyak sawit dan minyak soya diekstrakkan melalui proses perah asak.
drive pointtakat asakHidrogeologiTiadaTahap masukkan pasak. Pasak ini merupakan sebatang paip berpenapis yang diperkuatkan untuk menahan asakan dan dilengkapi dengan hujung waja runcing bergaris pusat besar sedikit daripada paip asak untuk memudahkan pengasakan. Sin.: takat perigi
expeller pressperah asakVeterinarTiadaProses pengekstrakan minyak daripada bijirin atau isirung dengan memampatkannya di bawah tekanan tinggi. Sisa ekstrakan yang dikenali sebagai kek masih mengandungi 6-8% minyak. Contohnya, isirung kelapa sawit diperah asak untuk menghasilkan minyak masak dan sisanya digunakan sebagai makanan ternakan. Lihat juga hampas isirung kelapa sawit.
palm kernel cakehampas isirung kelapa sawitVeterinarTiadaBahan sampingan yang dihasilkan selepas minyak diperah daripada isirung kelapa sawit. Bahan ini berbentuk kek kesan daripada proses perah asak atau ekstraksi pelarut. Kandungan minyak bahan ini yang terhasil melalui proses perah asak ialah sebanyak 5-8%, manakala yang dihasilkan melalui ekstraksi pelarut ialah 2-4%. Selain itu, bahan ini juga mengandungi protein kasar sebanyak 18-20% dan tenaga metabolisme 10.5 MJ/kg untuk keperluan ternakan ruminan, manakala untuk ayam ialah antara 6-8 MJ/kg. Kandungan serabut dalam bahan ini pula ialah lebih kurang 17-18% dan terdiri daripada polisakarida galaktomanan. Di Malaysia, bahan ini menjadi makanan konsentrat utama untuk ternakan seperti lembu dan kambing. Untuk keperluan lembu, bahan ini boleh diberi sehingga 80% dalam rangsum makanan, tetapi sebaliknya untuk ayam dan itik hanya 15-20% sahaja. Walau bagaimanapun, bahan ini turut mengandungi 28 ppm kuprum dan merupakan aras yang tinggi yang boleh menyebabkan keracunan pada ternakan seperti biri-biri. Bahan ini turut mempunyai kandungan fosforus yang tinggi manakala kandungan kalsiumnya pula rendah dengan nisbah Ca:P = 2:5. Hampas isirung kelapa sawit ini juga kerap dijadikan sebagai bahan eksport ke Eropah untuk keperluan lembu tenusu.
crammingasak otakPendidikanTiadaTiada
counterthrustasak balasUndang-undangTiadaTiada
crowdingkesesakan; asakKependudukanTiadaTiada
crowdingkesesakan; asakKomunikasiTiadaTiada
crowdingkesesakan; asakKomunikasiTiadaTiada
crowdingkesesakan; asakPerubatanTiadaKeadaan susunan gigi yang terlalu rapat hingga menyebabkan penindihan dan perubahan posisi.
12

Kembali ke atas