Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sal] | اصل

Definisi : 1. mula(nya), yg mula-mula (pertama) sekali: adapun ~ nama Lenggui itu Glong Gui, ertinya perbendaharaan permata; bentuk ~ bangunan itu dikekalkan; rancang­an ~; 2. tempat semula, keadaan semula, pangkal permulaan: dr mana ~nya budak ini? 3. = ~ saja (sahaja) = asalkan = ~-asalkan a) dgn syarat, apabila: kau boleh pulang ~ pekerjaanmu sudah selesai; buatlah apa yg patut, ~ tidak menyakitkan hati orang lain; b) sebaik saja, setiap ... saja: ~ dapat gaji terus berjoli; ~ ada kecil pun jadi (pada) prb kalau tidak ada banyak, sedikit pun cukup (memadai); ~ ayam pulang ke lumbung, ~ itik pulang ke pelimbahan prb tabiat orang tidak akan berubah; ~ berisi tembolok senang hati prb apabila cukup makan atau pakai, senanglah hati; ~ ditugal adalah benih prb janganlah disusahkan tidak ada pertolongan asal dimulai dahulu pekerjaan; usul menunjukkan ~ prb kelakuan (budi bahasa) orang menunjukkan asalnya (keturunannya); usul-usul, asal-asal, ~ jangan ditinggalkan prb dlm segala hal, haruslah ditilik puncanya;berasal 1. bertempat asal (di), mula-mulanya dulu berada (di): orang itu ~ dr Kedah; 2. keturunan (dr): raja itu ~ dr raja Melaka; 3. berbangsa, keturunan baik-baik: orang yg ~; mengasalkan = ~ kpd memulangkan kpd, mengembalikan kpd (asal, keadaan semula); diasalkan = ~ oleh disebabkan (oleh);asalan (Mat) titik rujukan asal bagi titik-titik lain pd garis satah atau dlm ruang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sal] | اصل

Definisi : 1 yg mula-mula (sekali): Warna ~ kereta itu putih. Tempat ~ orang-orang Negro di Amerika ialah Afrika. 2 pangkal permulaan; tempat yg mula-mula: Dr manakah ~ orang itu? ~ mula yg mula-mula (sekali); ~ usul asal keturunan; susur galur. 3 sebab atau keadaan yg mula-mula: ~ kapas menjadi benang, ~ benang menjadi kain. 4 biar: Buatlah kerja dgn sungguh-sungguh, jangan ~ ada saja. 5 = ~ saja, = asalkan dgn syarat; hanya apabila ...; kalau: Engkau boleh pergi ~ kerjamu sudah selesai. 6 = ~ saja, = asalkan supaya: Biar lambat ~ selamat. berasal 1 bertempat asal; datang drpd: Agama Hindu ~ drpd India. 2 berketurunan drpd: Mereka mengaku ~ drpd Raja Iskandar Zulkarnain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asal

Puisi
 

Asal sukun di Laut Jati,
     Terendak Cina jatuh ke ruang;
Patah tumbuh hilang berganti,
     Kasih lama tidak terbuang.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Jenguk pandang tindai-tindai;
     usul-usul,
asal-asal,
     jangan ditinggalkan.

Bermaksud :

Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.

 

Lihat selanjutnya...(47)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
originaladj 1. first, earliest, asal: the ~ inhabitants, penduduk asal; the ~ edition was full of errors, edisi asal penuh dgn kesilapan; the word has lost its ~ meaning, makna asal perkataan itu sudah tdk digunakan lagi; the ~ plan has been altered slightly, rancangan asal telah diubah sedikit; 2. not copied or reproduced, asli: the ~ manuscript is in the museum, manuskrip asli disimpan di muzium; he has an ~ Picasso, dia mempunyai lukisan asli PicassoKamus Inggeris-Melayu Dewan
nativeadj 1. where one was born, tempat asal; (ref to country, town, etc), /negara, kampung, dll/ asal: he left his ~ France many years ago, dia meninggalkan negara asalnya Perancis sejak bertahun-tahun dahulu; ~ /land, country/, negara asal, tanah air, tanah tumpah darah; 2. indigenous, a. (of person) asal: ~ inhabitants, penduduk asal; b. (of animal, plant) asli, asal: ~ flora and fauna, tumbuh-tumbuhan dan haiwan asli;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
provenancen asal-usul: a manuscript of doubtful ~, manuskrip yg asal-usulnya diragui; the date and ~ of this relic, tarikh serta asal-usul bahan peninggalan sejarah ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
originn 1. source, asal; (of river etc) punca; (of quarrel, unrest, etc) punca: to trace the ~ of a word, mengesan asal sst perkataan; the ~s of ancient civilization, asal tamadun kuno; be of...~, berasal dr...: the word is of Chinese ~, perkataaan itu berasal dr bahasa Cina; has its ~ in, (of river) punca [sungai] di; (quarrel, unrest) berpunca drpd: the river has its ~ in the mountains, punca sungai itu di gunung tersebut; 2. parentage, birth, keturunan; country of ~, negara asal; of...~, berketurunan, berasal...: a man of humble ~s, lelaki yg berketurunan rendah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
second-hand 2. (from other people) drpd orang lain, bukan drpd sumber asal; (from st, other than original source) bukan drpd sumber asal: ~ news, berita bukan drpd sumber asal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
repatriatevt menghantar balik (ke negeri asal): all prisoners-of-war have been ~d, semua tawanan perang telah dihantar balik ke negeri asal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
genesisn 1. (fml) origin, asal usul, azali: the ~ of civilization, asal usul tamadun; 2. G~, (Christianity) Genesis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
revert~ to type, /berbalik, kembali/ ke keadaan asal: he has now ~ed to type and joined the Socialists, sekarang dia telah berbalik ke keadaan asal dan menyertai parti Sosialis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mysteryasal-usul mereka tersembunyi dlm misteri; an air of ~ surrounds the whole affair, suasana yg misteri menyelubungi peristiwa itu; 3. (story, play, etc) approp n + misteri: the play is a ~, and revolves around a murder in a coKamus Inggeris-Melayu Dewan
primaryhutan asal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas