Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sal] | اصل

Definisi : 1. mula(nya), yg mula-mula (pertama) sekali: adapun ~ nama Lenggui itu Glong Gui, ertinya perbendaharaan permata; bentuk ~ bangunan itu dikekalkan; rancang­an ~; 2. tempat semula, keadaan semula, pangkal permulaan: dr mana ~nya budak ini? 3. = ~ saja (sahaja) = asalkan = ~-asalkan a) dgn syarat, apabila: kau boleh pulang ~ pekerjaanmu sudah selesai; buatlah apa yg patut, ~ tidak menyakitkan hati orang lain; b) sebaik saja, setiap ... saja: ~ dapat gaji terus berjoli; ~ ada kecil pun jadi (pada) prb kalau tidak ada banyak, sedikit pun cukup (memadai); ~ ayam pulang ke lumbung, ~ itik pulang ke pelimbahan prb tabiat orang tidak akan berubah; ~ berisi tembolok senang hati prb apabila cukup makan atau pakai, senanglah hati; ~ ditugal adalah benih prb janganlah disusahkan tidak ada pertolongan asal dimulai dahulu pekerjaan; usul menunjukkan ~ prb kelakuan (budi bahasa) orang menunjukkan asalnya (keturunannya); usul-usul, asal-asal, ~ jangan ditinggalkan prb dlm segala hal, haruslah ditilik puncanya;berasal 1. bertempat asal (di), mula-mulanya dulu berada (di): orang itu ~ dr Kedah; 2. keturunan (dr): raja itu ~ dr raja Melaka; 3. berbangsa, keturunan baik-baik: orang yg ~; mengasalkan = ~ kpd memulangkan kpd, mengembalikan kpd (asal, keadaan semula); diasalkan = ~ oleh disebabkan (oleh);asalan (Mat) titik rujukan asal bagi titik-titik lain pd garis satah atau dlm ruang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sal] | اصل

Definisi : 1 yg mula-mula (sekali): Warna ~ kereta itu putih. Tempat ~ orang-orang Negro di Amerika ialah Afrika. 2 pangkal permulaan; tempat yg mula-mula: Dr manakah ~ orang itu? ~ mula yg mula-mula (sekali); ~ usul asal keturunan; susur galur. 3 sebab atau keadaan yg mula-mula: ~ kapas menjadi benang, ~ benang menjadi kain. 4 biar: Buatlah kerja dgn sungguh-sungguh, jangan ~ ada saja. 5 = ~ saja, = asalkan dgn syarat; hanya apabila ...; kalau: Engkau boleh pergi ~ kerjamu sudah selesai. 6 = ~ saja, = asalkan supaya: Biar lambat ~ selamat. berasal 1 bertempat asal; datang drpd: Agama Hindu ~ drpd India. 2 berketurunan drpd: Mereka mengaku ~ drpd Raja Iskandar Zulkarnain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asal

Puisi
 

Asal sukun di Laut Jati,
     Terendak Cina jatuh ke ruang;
Patah tumbuh hilang berganti,
     Kasih lama tidak terbuang.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Jenguk pandang tindai-tindai;
     usul-usul,
asal-asal,
     jangan ditinggalkan.

Bermaksud :

Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.

 

Lihat selanjutnya...(47)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASAL USUL PETROLEUMTeori yang cuba menerangkan tentang pembentukan petroleum di dalam kerak bumi.KEJURUTERAANProses/Tindak Balas
CERITA ASAL USUL

Cerita asal usul, menerangkan asal usul benda atau perkara yang berhubung rapat dengan kehidupan manusia. Cerita asal usul adalah antara sastera rakyat yang tertua.

SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan
SOKE

Soke ialah pertubuhan petani pemilik tanah

mempunyai asal usulnya di kawasan taklukan

Denmark di tangan England pada tahun 800-an

M. Soke merupakan daerah, yang kadangkala

terdiri daripada beberapa kampung, di mana

pemilik tanah asal membahagikan kawasan kecil

kepada petani sebagai upah bagi perkhidmatan

mereka. Soke Peterborough yang kini di

Cambridgeshire, mengabadikan nama soke, tetapi

Bukan bentuk soke pada zaman Denmark.

UMUM 
PETROLOGI

Petrologi ialah cabang ilmu geologi yang

mengkaji asal usul dan komposisi batuan. Ahli

petrologi menganalisis keadaan fizikal dan kimia

yang terlibat dalam pembentukan tiga jenis

batuan yang utama: igneus , metamorf dan enapan

(lihat Batuan ). Analisis ini dapat membantu

pencarian bukti tentang asal usul dan

perkembangan kejadian bumi.

UMUM 
KESULTANAN KEDAH

KESULTANAN KEDAH, institusi kerajaan Kedah. Menurut sumber lisan dan legenda, asal usul institusi kerajaan Kedah berhubung rapat dengan Raja Rum yakni Turki (Hikayat Merong Mahawangsa), Raja Parsi (AI-Tarikh Salasilah Negeri Kedah), kerajaan Moghul di India (Sudut Pandan), dan Raja Maurya di India (Tawarikh Salahsilah Kedah Bahagian I). Walaupun sumber ini merupakan legenda dan sumber lisan, tujuan utama sumber tersebut adalah untuk memaparkan kemuliaan dan kesaktian asal usul Raja Kedah. Kemuliaan dan kesaktian itulah yang menjadi syarat utama hak kelayakan dan legitimasi dinasti Merong Mahawangsa sebagai dinasti pemerintah negeri Kedah dari zaman lampau hingga kini.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
AFAN

Afan ialah nama asal sebuah daerah kerajaan

tempatan yang berpusat di bandar pembuatan

keluli Port Talbot di Wales.

UMUM 
TANJUNG PUTERI

Tanjung Puteri ialah nama asal Johor Bahru dan

pusat pemerintahan Temenggung Ibrahim yang

terletak di tepi Selat Teberau. Konflik dalam kerajaan

Riau-Lingga-Johor semenjak awal abad ke-18,

berakhir dengan pembahagian kuasa terhadap

kawasan dalam kerajaan Melayu terakhir itu.

UMUM 
ETIMOLOGI

Etimologi ialah kajian tentang asal usul dan

perkembangan kata. Seperti bangsa dan negara,

kesemua kata mempunyai sejarah yang boleh

dikesan.

UMUM 
TASAWWURPerkataan bahasa Arab yang diambil daripada perkataan asal sawwara.AGAMAKonsep
KAJIAN PSIKIK

Kajian psikik ialah nama asal bidang kajian

yang kini dikenali sebagai parapsikologi.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas