Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sal] | اصل

Definisi : 1. mula(nya), yg mula-mula (pertama) sekali: adapun ~ nama Lenggui itu Glong Gui, ertinya perbendaharaan permata; bentuk ~ bangunan itu dikekalkan; rancang­an ~; 2. tempat semula, keadaan semula, pangkal permulaan: dr mana ~nya budak ini? 3. = ~ saja (sahaja) = asalkan = ~-asalkan a) dgn syarat, apabila: kau boleh pulang ~ pekerjaanmu sudah selesai; buatlah apa yg patut, ~ tidak menyakitkan hati orang lain; b) sebaik saja, setiap ... saja: ~ dapat gaji terus berjoli; ~ ada kecil pun jadi (pada) prb kalau tidak ada banyak, sedikit pun cukup (memadai); ~ ayam pulang ke lumbung, ~ itik pulang ke pelimbahan prb tabiat orang tidak akan berubah; ~ berisi tembolok senang hati prb apabila cukup makan atau pakai, senanglah hati; ~ ditugal adalah benih prb janganlah disusahkan tidak ada pertolongan asal dimulai dahulu pekerjaan; usul menunjukkan ~ prb kelakuan (budi bahasa) orang menunjukkan asalnya (keturunannya); usul-usul, asal-asal, ~ jangan ditinggalkan prb dlm segala hal, haruslah ditilik puncanya;berasal 1. bertempat asal (di), mula-mulanya dulu berada (di): orang itu ~ dr Kedah; 2. keturunan (dr): raja itu ~ dr raja Melaka; 3. berbangsa, keturunan baik-baik: orang yg ~; mengasalkan = ~ kpd memulangkan kpd, mengembalikan kpd (asal, keadaan semula); diasalkan = ~ oleh disebabkan (oleh);asalan (Mat) titik rujukan asal bagi titik-titik lain pd garis satah atau dlm ruang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sal] | اصل

Definisi : 1 yg mula-mula (sekali): Warna ~ kereta itu putih. Tempat ~ orang-orang Negro di Amerika ialah Afrika. 2 pangkal permulaan; tempat yg mula-mula: Dr manakah ~ orang itu? ~ mula yg mula-mula (sekali); ~ usul asal keturunan; susur galur. 3 sebab atau keadaan yg mula-mula: ~ kapas menjadi benang, ~ benang menjadi kain. 4 biar: Buatlah kerja dgn sungguh-sungguh, jangan ~ ada saja. 5 = ~ saja, = asalkan dgn syarat; hanya apabila ...; kalau: Engkau boleh pergi ~ kerjamu sudah selesai. 6 = ~ saja, = asalkan supaya: Biar lambat ~ selamat. berasal 1 bertempat asal; datang drpd: Agama Hindu ~ drpd India. 2 berketurunan drpd: Mereka mengaku ~ drpd Raja Iskandar Zulkarnain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asal

Puisi
 

Asal sukun di Laut Jati,
     Terendak Cina jatuh ke ruang;
Patah tumbuh hilang berganti,
     Kasih lama tidak terbuang.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Jenguk pandang tindai-tindai;
     usul-usul,
asal-asal,
     jangan ditinggalkan.

Bermaksud :

Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.

 

Lihat selanjutnya...(47)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
original copynaskah asal;salinan asalGeografiTiadaTiada
etimological talescerita etimologisKesusasteraanTiadaCerita yang menceritakan asal usul sesuatu kejadian, sifat, peristiwa dll. Contoh: Asal usul Beruang Berekor Pendek, Asal Usul Majapahit, Asal Usul Melaka dll.
original titlejudul asal; hak milik asalPerpustakaanTiadaTiada
original titlejudul asal; hak milik asalGeografiTiadaTiada
original titlejudul asal; hak milik asalUndang-undangTiadaTiada
resolution of vectorspeleraian vektorMekanikGunaanProses menggantikan vektor dengan dua atau tiga vektor lain yang mempunyai kesan tindakan yang sama seperti vektor asal. Vektor leraian itu dinamai ‘komponen’ bagi vektor asal. Vektor asal tadi pula dinamai ‘paduan’ bagi komponen yang berkenaan. Komponen-komponen vektor mempunyai magnitud dan hala yang berlainan daripada magnitud dan hala vektor paduan yang berpadanan. Peleraian vektor dicapai melalui hukum segi empat selari, konsinus arah ataupun hasil darab titik. Lihat juga hukum segi empat selari, kosinus arah, hasil darab bintik.
provenanceprovenansSejarahTiada1. Asal-usul, tempat asal atau punca asalnya sesuatu kejadian atau benda pada zaman moden dalam kajian arkeologi.
folk etymologyetimologi rakyatKesusasteraanTiadaCerita rakyat yang bercorak asal usul. Contoh: asal gagak berbulu hitam, sebab ayam mengais mencari makan.
purificmurni/nirmalaKesusasteraanTiadaSebuah cerita yang tidak mengandungi unsur-unsur asing di dalamnya. Contoh: Asal Usul Majapahit dan Asal Usul Negeri Pasai.
place name legendslegenda nama tempatKesusasteraanTiadaCerita yang mengisahkan sesuatu tempat secara mencampuradukkan fakta sejarah dan mitos. Contoh: Asal Usul Majapahit dan Asal Usul Melaka
12345678910...

Kembali ke atas