Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sahaja (kata tugas)
1. Bersinonim dengan satu-satunya: cuma, hanya, melainkan, semata-mata, belaka,

2. Bersinonim dengan selalu: sering, terus, berlarut-larut, berlanjutan, berpanjangan, tidak putus-putusnya, sentiasa, selamanya, sepanjang masa,
Berantonim dengan jarang-jarang

3. Bersinonim dengan juga: jua

4. Bersinonim dengan sebarang: pun, juga, jua,

5. Bersinonim dengan dengan niat: sengaja, dibuat-buat, sengeleng,

Kata Terbitan : bersahaja, bersahaja-sahaja, menyahajakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah antara berikut adalah benar?mengapa? a) Semua orang boleh pergi asal sahaja kuat semangat. b) semua orang boleh pergi asal kuat semangat sahaja.Ayat yang lebih persis ialah semua orang boleh pergi asal sahaja kuat semangat. Perkataan "asal sahaja" di sini bermaksud dengan syarat. Oleh itu perkataan "sahaja" hendaklah diletak selepas "asal" untuk membawa maksud dengan syarat. Walau bagaimanapun, ayat (b) boleh digunakan tetapi membawa makna yang berbeza sedikit.  Perkataan "sahaja" di sini bermaksud "hanya" , iaitu hanya dengan kuat semangat, semua orang boleh pergi.Makna17.02.2010
Bolehkah ayat dimulakan dengan perkataan 'Dengan' ? Terima kasih.Kata sendi nama/kata hubung "dengan" boleh digunakan pada pangkal ayat asal sahaja ada ayat utama atau ayat induk yang lengkap... subjek dan predikatnya. Contohnya: Dengan hormatnya saya maklumkan bahawa persatuan kami akan menganjurkan seminar tersebut.Istilah02.12.2015
Bolehkah ayat dimulakan dengan perkataan dengan.

Kata sendi nama/kata hubung "dengan" boleh digunakan pada pangkal ayat asal sahaja ada ayat utama atau ayat induk yang lengkap... subjek dan predikatnya. Contohnya: Dengan hormatnya saya maklumkan bahawa persatuan kami akan menganjurkan seminar tersebut.

Tatabahasa26.05.2011
Salam Sejahtera, "Kami setujui dengan cadangan Sanjay" dikategorikan sebagai ayat pasif songsang atau ayat aktif ? kalau ayat pasif songsang, maksudnya ayat pasif ialah " Dengan cadangan Sanjay kami setujui."? Bolehkah ayat dimulakan dengan perkataan "dengan"? Sekian , terima kasih.Kata sendi nama/kata hubung "dengan" boleh digunakan pada pangkal ayat asal sahaja ada ayat utama atau ayat induk yang lengkap, subjek dan predikatnya. Contohnya: Dengan hormatnya saya maklumkan bahawa persatuan kami akan menganjurkan seminar tersebut.Tatabahasa25.10.2017
assalamualaikum.. saya ingin bertanya pada pihak tuan tentang satu perkara yang menjadi kemusykilan pada saya.. diharap pihak tuan sedia membantu saya..(^_^) Manakah antara ayat dibawah betul? mengapa? 1. Semua orang boleh pergi asal sahaja kuat semangat. 2. Semua orang boleh pergi asal kuat semangat sahaja.Ayat yang lebih tepat ialah semua orang boleh pergi asal sahaja kuat semangat. Perkataan "asal sahaja" di sini bermaksud dengan syarat. Oleh itu perkataan "sahaja" hendaklah diletak selepas "asal" untuk membawa maksud dengan syarat. Walau bagaimanapun, ayat kedua boleh digunakan tetapi membawa makna yang berbeza sedikit.  Perkataan "sahaja" di sini bermaksud "hanya" , dan ayat kedua bermaksud hanya dengan kuat semangat, semua orang boleh pergi.Tatabahasa18.02.2010
Assalamualaikum. 1. Tetapi 2. Dan Kedua-dua perkataan di atas merupakan kata hubung tetapi banyak juga digunakan dalam permulaan ayat. Adakah kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan pada permulaan ayat? Sekian, terima kasih atas jawapan yang akan berikan.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa kata sendi dan kata hubung boleh digunakan pada pangkal ayat asal sahaja ada ayat utama atau ayat induk yang lengkap, ada subjek dan predikatnya. Kata sendi dan kata hubung itu biasanya digunakan dalam bahagian yang disebut adjung atau keterangan ayat sahaja, iaitu sebagai unsur tambahan kepada ayat utama atau ayat induk. Contohnya "Dengan hormatnya saya maklumkan bahawa ...". Walau bagaimanapun pada kelazimannya, kata hubung "dan" dan "tetapi" diletakkan pada pertengahan ayat kerana fungsinya sebagai penyambung wacana sebelumnya untuk menunjukkan perkaitan cerita dengan wacana seterusnya.

 

Tatabahasa25.05.2011
Salam, Saudara, bolehkah perkataan "memengsankan" digunakan dalam ayat. Contohnya, "Jerung ekor panjang melibaskan ekor menerusi air untuk memukul dan memengsankan ikan yang lebih kecil". Untuk pengetahuan saudara, ayat tersebut saya terjemahkan daripada ayat Inggeris berikut, "The thresher swipes its tail through the water to slap and stun smaller fish." Terima kasih.Kata terbitan memengsankan tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Namun begitu tidaklah bermakna kata ini tidak boleh dibentuk, asal sahaja sesuai dengan konteks makna yang digunakan.Tatabahasa14.03.2013
Salam, saya nak tanya sama ada kata-kata berikut boleh digunakan di permulaan ayat sebagai penanda wacana? 1. Biarpun 2. Malah 3. Namun 4. Tambahan lagi 5. Namun Itu Dalam keadaan menterjemahkan perkataan 'even' pada permulaan ayat, bolehkah Tuan berikan cadangan padanan yang sesuai dalam BM? Contoh: Many of the good things related to Moon Festival have become part of the Malaysian cultures. Even those who are not Chinese may be familiar with Moon Festival.Kata hubung seperti biarpun dan malah boleh digunakan pada pangkal ayat asal sahaja ada ayat utama atau ayat induk yang lengkap, ada subjek dan predikatnya.Tatabahasa24.02.2014
Terima kasih atas respons pihak tuan untuk soalan tentang Kata Adverba yang saya ajukan tempoh hari yg lepas. Namun, sebenarnya saya masih belum mendapat jawapan yang betul2 boleh menjawab soalan saya mengenai empat jenis kata adverba, jati, asal adjektif, asal kata kerja dan gandaan yang menerangkan kata nama dan frasa nama secara spesifik. Contoh seperti yang pihak tuan kemukakan memang ada di dalam Tatabahasa Dewan tetapi hanya untuk contoh yang umum di bahagian pengenalan sahaja. Bagaimana dengan spesifik? Tatabahasa Dewan hanya menyatakan seperti yang berikut : a) Kata Adverba jati menerangkan Kata Kerja, Kata Adjektif, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama. b) Kata Adverba asal Kata Adjektif menerangkan Kata Kerja, Kata Adjektif dan Frasa Sendi Nama. c) Kata Adverba asal Kata Kerja menerangkan Kata Kerja, kata adjektif dan frasa sendi nama. d) Kata adverba bentuk gandaan menerangkan kata kerja, kata adjektif dan frasa sendi nama. Keempat-empat spesifikasi ini langsung tidak menyebut tentang kata nama atau frasa nama. Boleh jelaskan berserta contoh? Terima kasih.Solan tersebut telah dijelaskan dalam jawapan yang lalu, iaitu ayat Hari jadinya ialah hari esok merupakan contoh adverba (esok) yang menerangkan kata nama (hari). Seperti yang diketahui, kata adverba boleh hadir sebelum atau selepas kata/frasa yang diterangkan. Untuk makluman tuan, adverba ialah tajuk baharu yang dimasukkan dalam buku Tabahasa Dewan, Edisi Ketiga. Berkemungkinan penjelasan tentang adverba akan diperbanyak dalam terbitan buku tatabahasa yang akan datang.
Tatabahasa28.01.2016
Saya baru sahaja temukan perkataan alusmitai dalam pangkalan PRPM sebagai padanan kepada cotton candy. Bunyinya agak aneh bagi telinga Melayu saya, boleh saya tahu asal - usul perkataan tersebut?Perkataan “alusmitai” terakam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan istilah bidang pentadbiran perniagaan, namun tidak dinyatakan asal-usulnya.  Istilah19.06.2018
1234

Kembali ke atas