Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. salasilah, asal keturunan (sese­orang); 2. peringkat awal atau permulaan: ahli sains yg cuba mengkaji ~ manusia; 3. sebab yg mula-mula, punca: ~ pertikaian yg berlarutan; mengasalusulkan menghuraikan asal usul: kisah yg ~ raja-raja Kedah yg tersebut dlm Hikayat Merong Mahawangsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : asal keturunan, salasilah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : asal keturunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Jenguk pandang tindai-tindai;
     usul-usul,
asal-asal,
     jangan ditinggalkan.

Bermaksud :

Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
etimological talescerita etimologisKesusasteraanTiadaCerita yang menceritakan asal usul sesuatu kejadian, sifat, peristiwa dll. Contoh: Asal usul Beruang Berekor Pendek, Asal Usul Majapahit, Asal Usul Melaka dll.
cerita asal-usulcerita asal-usulKesusasteraanTiadaCerita rakyat yang mengisahkan tentang asal usul alam semulajadi dan perkara-perkara yang berkait rapat dengan kehidupan manusia.
etiologyetiologiKesusasteraanTiadaKajian tentang sebab-musabab. Etiologi juga merupakan pengisahan singkat dalam bentuk prosa atau puisi yang menceritakan asal usul tempat, orang, binatang, benda atau sesuatu kejadian alam. Etiologi merupakan salah satu bentuk sastera awal yang hidup dalam tradisi sastera rakyat sesebuah masyarakat. Etiologi memerihalkan sejarah asal usul sesuatu perkara mengikut kepercayaan masyarakat setempat. Dalam konteks masyarakat silam, sering kali cerita asal usul dikaitkan dengan unsur-unsur mitos dan legenda yang dipercayai berakar-umbi sejak turun-temurun. Cerita asal usul wujud dalam semua tradisi kesusasteraan di dunia. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, unsur etiologi paling ketara ditemui dalam kisah pembukaan kampung, pemberian nama sungai, gunung dan sebagainya. Sebahagian daripada cerita tersebut dikaitkan pula dengan mitos sumpahan, �Sang Gedembai�. Contoh unsur etiologi yang berkaitan dengan kejadian alam dapat dibaca melalui kisah tentang kejadian guruh, gempa, kilat, hujan dan sebagainya. Kisah asal usul binatang pula ditemui dalam cerita-cerita binatang seperti Mengapakah Harimau Mempunyai Belang? Mengapakah Ular Sawa Hilang Bisanya? Dan Mengapakan Burung Puyuh Tidak Berekor? Dalam cerita legenda Raja Bersiung, terdapat beberapa buah tempat di negeri Kedah yang dikaitkan dengan Raja Bersiung.
purificmurni/nirmalaKesusasteraanTiadaSebuah cerita yang tidak mengandungi unsur-unsur asing di dalamnya. Contoh: Asal Usul Majapahit dan Asal Usul Negeri Pasai.
place name legendslegenda nama tempatKesusasteraanTiadaCerita yang mengisahkan sesuatu tempat secara mencampuradukkan fakta sejarah dan mitos. Contoh: Asal Usul Majapahit dan Asal Usul Melaka
autogenyautogeniPerubatanTiada1. Penghasilan organisma hidup daripada benda tak hidup, dipertimbangkan sama ada dari segi asal usul kehidupan di muka bumi, atau sebagai generasi spontan. 2. Asal usul, penghasilan atau pembiakan di dalam organisma yang sama.
urban genesisasal usul bandarGeografiTiadaTiada
agricultural originsasal usul pertanianGeografiTiadaTiada
social originasal-usul sosialSosiologiTiadaTiada
social originasal-usul sosialSosiologiTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas