Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asalkan

Puisi
 

Pucuk kaduk di tepi perigi,
     Diambil orang anak beranak;
Biar buruk asalkan besi,
     Sanggup rebah kayu yang banyak.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Biar alah sabung,
     asalkan menang sorak.

Bermaksud :

Biar harta habis, asalkan hati puas. (Bandingkan dengan: Alah sabung, menang sorak).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Asalkan pengguna tidak hilang kepercayaan pada/kepada program itu, ia pasti akan berkembang.

Kedua-duanya kurang tepat kerana pada menunjukkan keterangan waktu atau tempat dan kepada menunjukkan sasaran.

Tatabahasa09.11.2011
Salam sejahtera. Saya keliru akan penggunaan kata hubung "selagi" dan "asalkan". Ayat manakah yang tepat - "Saya akan menjaga awak selagi saya masih sayangkan awak" ataupun "Saya akan menjaga awak asalkan saya masih sayangkan awak"? Apakah perbezaan antara penggunaan "asalkan" dan "selagi"?Mengikut Kamus Dewan perkataan ‘asalkan’ sama maksud dengan frasa ‘dengan syarat’.  Contoh penggunaan ‘asalkan’ dalam ayat ialah “Kau boleh pulang, asalkan pekerjaanmu sudah selesai”.   Perkataan ‘selagi’ dalam konteks perbandingan dengan perkataan ‘asalkan’ seperti yang dikemukakan dalam pertanyaan pula bermaksud ‘selama atau sementara masih’.  Contoh penggunaan dalam ayat ialah “Selagi hayat dikandung badan, aku tetap setia kepadamu”. Merujuk pada ayat yang dikemukakan, ayat yang betul ialah “Saya akan menjaga awak selagi saya masih sayangkan awak”.Makna06.02.2019
Salam. Apakah perbezaan antara "janji" dan "asalkan"? Contohnya dalam ayat berikut: Asalkan/Janji awak tak berasa kedatangan saya menyusahkan awak. Perkataan yang manakah lebih sesuai? Mengapa?Janji ialah kata nama, asalkan ialah kata keterangan dan lazimnya hadir pada pertengahan ayat, seperti ... asalkan awak tak berasa kedatangan saya menyusahkan awak. Ayat "Janji awak tak berasa kedatangan saya menyusahkan awak" lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan.Tatabahasa15.06.2011
Benarkah perkataan memakai tidak boleh digunakan dalam karangan?Boleh digunakan asalkan sesuai dengan konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa20.08.2009
saya berminat menghantar karya saya iaitu cerpen ke majalah dewan sastera atau sebagainya,asalkan terbitan DBP. Apakah alamat email yang wajar saya hantarkan karya tersebut?Saudara boleh menghantar kepada editor Dewan Sastera,rozninah@dbp.gov.myLain-lain05.01.2011
Salam Sejahtera, Tuan; Apakah maksud bagi peribahasa yang berikut: "Biar kita mengambil masa yang lama, asalkan kita beroleh kejayaan" Terima kasih.

Salam Sejahtera. Untuk perhatian, saudara, peribahasa yang membawa maksud tersebut ialah 1) Sehari selembar benang, lama-lam menjadi kain 2)Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit. Untuk mengetahui lagi peribahasa Melayu yang baik dan menarik, saudara boleh dapatkan buku 'Kamus Istimewa Peribahasa Melayu' yang disusun oleh Abdullah Hussain. Sekian, terima kasih.

Lain-lain31.03.2010
Sekiranya kita menulis sebuah karangan bolehkah kita memasukkan dialek contohnya : cakna ,Dibenarkan menggunakan dialek dalam penulisan asalkan dialek tersebut telah disahkan dan diterima pakai dalam konteks rasmi, contohnya perkataan tersohor, cakna dsbnya.    Istilah18.08.2009
penggunaan begitu boleh digunakan pada awal ayat. Contoh: Semua orang mempunyai cita-cita. Begitu juga dengan saya.Boleh asalkan ada pertautan makna dengan ayat yang sebelumnya.Tatabahasa23.10.2011
perkataan keluar/masuk atau keluar masuk yang boleh tulis dlm surat rasmi?Perkataan keluar masuk boleh digunakan dalam ayat asalkan sesuai dengan konteks penggunaannya. Jika tuan dapat memberikan contoh penggunaannya, lebih mudah untuk kami menerangkannya kepada tuan.Tatabahasa02.07.2015
salam, perkataan "di" boleh digunakan pada permulaan ayat atau tidak?Kata sendi nama di boleh digunakan pada pangkal ayat asalkan lengkap subjek dan predikatnya.Tatabahasa06.03.2012
123456

Kembali ke atas