Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asalkan

Puisi
 

Pucuk kaduk di tepi perigi,
     Diambil orang anak beranak;
Biar buruk asalkan besi,
     Sanggup rebah kayu yang banyak.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Biar alah sabung,
     asalkan menang sorak.

Bermaksud :

Biar harta habis, asalkan hati puas. (Bandingkan dengan: Alah sabung, menang sorak).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

PantunSumberTema
Asalkan dapat kita mandi, Dapat mencari ikan seluang; Asalkan dapat kita menjadi, Adat diisi lembaga dituang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Biarlah pahat bermata parang, Asalkan badik besi bertuah; Biarlah jahat di mata orang, Asalkan baik di sisi Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Cik Ahmad menikam gamat, Bunga melur kembang sekali; Biarlah lambat asalkan selamat, Di dalam telur boleh kunanti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pucuk kaduk di tepi perigi, Diambil orang anak beranak; Biar buruk asalkan besi, Sanggup rebah kayu yang banyak.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Benang kusut jangan disentak, Carikan cepat mana hujungnya; Abang mengikut sebarang pintak, Asalkan dapat hidup bersama.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Besar perahu orang Tambelan, Muatan sarat tiada golek; Biarpun malu abang tahankan, Asalkan dapat bersama adik.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tikar pandan bertepi lurus, Jangan diungkai dirosak lagi; Biarlah badan menjadi kurus, Asalkan sampai kehendak hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tuk Batin mengait kelapa, Hendak dijual bulan puasa; Tuan miskin tidak mengapa, Asalkan pandai berbudi bahasa.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Anak dara berkain cukin, Dari Daik bulan puasa; Tidak kira kaya miskin, Asalkan baik budi bahasa.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Encik Uda baru pulang, Membawa ragi bersama lengkuas; Biarlah saya hanyut terbuang, Asalkan hati berasa puas.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
123

Kembali ke atas