Kurik Kundi Merah Saga | Cik Ahmad menikam gamat, Bunga melur kembang sekali; Biarlah lambat asalkan selamat, Di dalam telur boleh kunanti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk kaduk di tepi perigi, Diambil orang anak beranak; Biar buruk asalkan besi, Sanggup rebah kayu yang banyak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuk Batin mengait kelapa, Hendak dijual bulan puasa; Tuan miskin tidak mengapa, Asalkan pandai berbudi bahasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak dara berkain cukin, Dari Daik bulan puasa; Tidak kira kaya miskin, Asalkan baik budi bahasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Uda baru pulang, Membawa ragi bersama lengkuas; Biarlah saya hanyut terbuang, Asalkan hati berasa puas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kencang utara daratan Siam, Bunyi beduk dari hulu; Datang sengsara duduk diam, Asalkan tertutup sekalian malu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hanyut rakit dadan apia, Dampar di pantai dimakan buaya; Makansedikit tidak mengapa, Asalkan boleh membawa gaya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asah sabit kait kelapa, Anak Cina patah pengandar; Rugi sedikit tidak mengapa, Asalkan bencana dapat dihindar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak kodok tepi perigi, Buah rambai dalam baldi; Biar buruk rupa diri, Asalkan pandai mengambil hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sipitang Kuala Tuhur, Banyak perahu di tepi pantai; Minta maaf kata terlanjur, Asalkan hajat kita sampai. |